Tuesday, August 25, 2015

kerna aku sudah terlatih

Assalamualaikum

Kerna aku sudah terlatih 

Hari demi hari minggu demi minggu bulan demi bulan dan tahun demi tahun.Semuanya akan tetap berubah, Yang pergi tetap pergi dan yang hidup akan di gantikan sesuatu setelah ada yang pergi. 

Kawan, setiap persahabatan pasti juga akan ada perpisahan.Mungkin disebabkan kejayaan,kerja,perubahan hidup atau juga ajal.Tetap akan ada perpisahan.Ingin menjalinkan hubungan persahabatan hingga ke syurga adalah perbuatan yang jarang dilihat,lagi-lagi bersahabat dengan orang yang cuma melihat kepentingan.Apabila susah diperlu dan apabila senang kau hanya dilihat,dan juga apabila sudah muak atau melihat kesilapan seorang sahabat,lebih baik ditinggalkan. maaf... perbuatan itu tidak Iklhas...

Berkawan biar kerana hati,kerana ingin berkawan,kerana allah.Bukan kerana dilihat ada sesuatu yang boleh digunakan.nopeeeeee... 

Kawan pergi, sudah biasa.Rasanya perkara macam ni di ibaratkan minum air di botol... "Kau pergi sila kan dan jangan lihat belakang " sebab kita tiada hak dan tiada sebab untuk menghalang seseorang untuk pergi.BUKAN HAK KITA. 

Sekiranya ditinggalkan kawan, jangan sedih bahkan gembiralah..kerana bukan kita tidak baik akan tetapi akan mengajar kita menjadi lebih baik. Semoga berjumpa kawan yang membawa kita kearah kebaikkan bersama.

Jangan ambil hati
sekiranya kawan mu pergi
kerana lumrah duniawi
ada datang dan pergi
sentiasa senyum dihati
kerna aku sudah terlatih 


Saturday, June 27, 2015

Adakah Matlamat melengkapkan hidup?

Assalamualaikum

Matlamat melengkapkan hidup

Matlamat hidup,semua orang mempunyai matlamat hidup.Adakah matlamat hidup melengkapkan kehidupan?? 

Setiap orang mempunyai matlamat hidup yang sendiri,sebagai contoh ingin mengubah hidup yang lebih baik dan juga mungkin ada yang mempunyai matlamat yang lebih besar,sebagai contoh ingin menjadi orang yang di kenali orang. Tetapi,matlamat yang di niatkan adakah setimpal dengan usaha kita??? 

Ada orang yang bermatlamat ingin menjadi kaya raya akan tetapi mengusahakan dengan cara yang salah,contohnya melakukan jenayah dengan merompak,menjual dadah,perdagangkan manusia dan melakukan seusatu yang mampu memusnahkan manusia dengan mendapatkan wang yang banyak. Adakah matlamat yang dicari lengkap dengan melakukan perkara yang tidak baik??

Matlamat dari segi pandangan yang lebih jelas adalah keperluan kita untuk hidup,Maka tidak salah jika mempunyai matlamat lebih dari satu akan tetapi matlamat yang di kecapi dengan usaha yang baik dan sabar.

Matlamat akan di capai dan akan melengkapkan hidup jika matlamat yang di niat kan adalah betul dan masuk akal.

Matlamat : Ingin menjadi seorang manusia yang berguna kepada keluarga dan masyarakat di masa hadapan dan menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat

Jangan menilai dari pandangan

Assalamualaikum

Jangan menilai seseorang melalui pandangan anda tanpa mengenal isi hatinya


Setiap orang ada penilaian masing masing terhadap individu yang di lihatnya, Sebagai contoh seorang WANITA. Asal mempunyai paras rupa yang cantik dan comel, ada yang menilai bahawa wanita itu luarbiasa atau juga sombong atau juga di kenali sebagai PLAYER dengan izin. 

Tapi jika tidak dikenal melalui isi hati,Siapalah kita untuk menilai seseorang.Setiap orang ada kelemahan masing masing, jangan hanya di lihat pada kelebihan yang ada.Kenal lah dulu seseorang itu dengan berkawan dan lebih mengenal nya dengan baik buruk nya baru lah kita boleh menilai seseorang tetapi untuk penilaian diri sendiri dan bukan untuk di kongsikan kepada dunia. Jika orang yang kita kenal mempunyai banyak sifat yang buruk.Sebaiknya adalah lebih bagus jika dirahsiakan dan jangan di hebahkan pada orang lain,dan jika sifat baik nya lebih banyak,alangkah bagusnya jika di contohi dan patut di jadikan contoh kepada orang yang lain.

Friday, April 10, 2015

Diperlukan dan memerlukan

Assalamualaikum

Memerlukan dan diperlukan bukan hanya untuk Benda,tetapi manusia juga saling memerlukan dari segi,Pendapat,nasihat,tenaga dan juga kasih sayang.

Setiap orang mempunyai cerita hidup yang tersendiri,dan setiap cerita mempunyai soalan lalu diakhiri dengan jawapan dan kesimpulan hidup.Sebab itu wujudnya pengajaran dan penilaian baik dan buruk.

Kita sendiri masih tercari cari dan kita sendiri tidak akan tahu SIAPA YANG PERLUKAN kita,kerana di dunia tiada yang kekal dan nyata.Salah satu yang kita memerlukan adalah DIDIKAN , ( didikan agama,orang tua dan masyarakat sekeliling).

Kekadang merasakan diri ini sangat diperlukan namun hakikatnya diri ini yang memerlukan.Oleh sebab itu,wujudnya keluarga,persahabatan dan juga agama untuk dijadikan sebagai tempat ketenangan dan meringankan bebanan di hati.



Monday, April 6, 2015

Siapa yang menangis sebenarnya???

Assalamualaikum


Siapa yang menangis? 

Sebilangan ada yang kata, "DUNIA MEMANG KEJAM" Ya memang betul ! .Sebilangan ada yang kata " Alam telah menjadi penyebab dan mewujudkan perasaan ini" Ya memang betul,ada juga yang berkata " Kenapa masih wujud manusia sebegini?apa dosa ku?" Ya memang betul ! dan juga ada yang kata,"Kenapa hati masih begini? kenapa perasaan ini tetap timbul?" Ya memang betul.... 

Akan tetapi siapa yang menangis???  Bukan DUNIA,bukan ALAM,bukan Orang Yang JAHAT,dan juga bukan HATI yang di dalam badan... tetapi PENERIMA iaitu KITA  ( Melainkan kita pelaku ) 

Ujian tetap ujian, tanpa ujian kita masih tidak kenal hati dan siapa diri kita yang sebenar.Memang benar luaran nampak kuat dalaman nampak lemah.Tetapi, jika ujian hidup kita tidak mampu untuk menggendali bagaimana untuk kita bakal menerima ujian yang lebih berat dari sebelum nya??? 

Di dunia, hidup biar ikhlas melakukan apa pun, menghargai sesuatu yang di miliki dan sentiasa bersyukur.. Jika belum mencapai sesuatu, jangan berputus asa dan mengeluh.Kerana kita belum tentu tahu bahawa apa yang kita inginkan adalah terbaik buat kita. BERSABAR dan kekal Tabah menjalani kehidupan .


Tuesday, February 17, 2015

Silam Hadapan

Assalamualaikum

Silam Hadapan

Semua manusia pernah melakukan kesilapan dan dosa,Tetapi tidak semua manusia yang ingin mengulangi perkara itu melainkan tanpa disedari.

SILAM : Masa Silam adalah perkara yang sudah dilalui dan perkara yang berlaku semalam,seminggu,sebulan,setahun dan bertahun tahun yang lalu.Itu adalah perkara silam.Tidak kira bahagia atau juga duka,ianya terserah kepada individu untuk sentiasa ingat kepada yang silam.Jika perbuatan itu yang baik jadikan sebagai ingatan dan yang buruk pula jadikan sebagai rujukan.Kerana itu semua adalah pengalaman.

Hadapan: Masa hadapan adalah perkara yang bakal berlaku,esok,lusa,tulat ,dan juga lain lain hari ke hadapan.Kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi walaupun hari yang bakal ditempuh sudah pun di rancang.Malah,kekadang kita merujuk kepada masa silam untuk menyelesaikan dugaan yang datang di masa hadapan.Kita sentiasa menunggu. Hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Ayat yang selalu digunakan oleh manusia.

Yang pasti, masa tetap berjalan dan keadaan dilihat sama.NAMUN, dugaan yang di hadapi tidak sama seperti semalam dan dugaan tidak akan sama untuk hari esok.

Kesempurnaan itu milik pencipta dan kesyukuran itu hak yang dicipta.

Pergi bukan bermaksud meninggal

Assalamualaikum

Pergi

Bukan niat untuk menyakitkan hati atau juga berkecil hati, akan tetapi lebih baik pergi untuk mencari pengalaman baru dan juga kehidupan yang masih lagi belum tepat dan terlihat jelas.Seandainya masih di pandang rendah dan mungkin kurang fungsi di sebuah kelompok yang mungkin hebat.Alangkah baiknya untuk mengundurkan diri untuk mencari destinasi yang hanya menggunakan diri sendiri.

Perjalanan hidup masih jauh,pengalaman masih luas untuk diterokai.Lebih baik PERGI dari kelompok yang mungkin tidak memandang,memerlukan,atau merendahkan.Kerana diri sendiri lebih diperlukan kini untuk hati yang masih kurang jelas dan perlukan ketenangan.

Berdoa terus agar baik baik sahaja kerana perhubungan yang terbina lama tidak akan dilupakan ,pokok yang bertahun lama pun tetap akan tumbang dan hilang ditelan masa,inikan lagi hubungan silahturahim yang lama terjalin.

kawan Pergi bukan niat meninggalkan kawan,
kawan pergi mencari diri sendiri,
semoga masa tetap berjalan,
kerana ada masa kawan bertemu lagi.