Monday, May 29, 2023

Perlahan-lahan

 Assalamualaikum


Perlahan-lahan kita teruskan perjalanan kita.Mungkin sebelum ni kita berdua,tiba-tiba hilang satu.Itu tidak apa-apa.Kan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.Jangan lama-lama sedih.Perjalanan harus diteruskan hingga akhir hayat.Bukan salah kita kalau dia memilih untuk pergi.


Mungkin harini kita kalah teruk,esok lusa atau tulat kalau masih kalah juga.Jangan bimbang,kita kena teruskan hidup dan sentiasa belajar apa yang sudah kita lalui.Jangan malu kalau gagal.Tetap menjadi diri sendiri,jangan munafik.Kepercayaan hanya sekali.


Biarlah lambat,asalkan kita terus berjalan.Jangan manja sangat.Jangan susahkan orang lain dan pergunakan hati lain demi kepuasan hati sendiri.Tuhan akan bantu,dia lebih tahu semua perjalanan.


Wahai hati,berjalanlah terus dengan sendiri.



 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selai diri sendiri"

Sunday, May 28, 2023

Belajar memilih

 Assalamualaikum


Belajar memilih,hanya memilih satu hati.Orang-orang tua selalu berpesan.Orang yang tamak selalu rugi.Jadi janganlah tamak,takut-takut nanti jadi rugi.


Antara dua hati,salah satu mesti yang terbaik,tidak mungkin dua-dua menjadi yang terbaik.Oleh itu,pilih saja satu hati.Jangan pula di pilih dua-dua hanya untuk memuaskan hati sendiri.Kalau diri sendiri dijadikan pilihan antara satu atau dua,mesti kita pun rasa tidak puas hati kan.


Bab memilih hati ni semuanya di tangan kita.Sama ada kita berani mengambil risiko,atau pun tidak.Kalau berani,teruskan,kalau tidak kena buat pilihan.Tetapi tetap ke arah memilih satu hati.Sangat mengarut kalau boleh pilih dua-dua.Mustahil.


Kita belajar bersyukur dan betul-betul ikhlas kenal hati budi orang.Itu rasanya lebih bagus.Sebab untuk apa kita meninggalkan hati yang lama kalau kita masih susah untuk melepaskan semua hal-hal yang lalu?.Belajar untuk bersyukur.


Kalau betul mahu memilih,pilihlah betul-betul.Bersyukur dan sabar.Insha allah semuanya baik-baik.Apa guna mengambil risiko besar untuk hati sendiri kalau di akhir nanti masih susah untuk tinggalkan hal yang lama.Jadi rugi kan.Sebab tu orang tamak selalu rugi.


Jangan tamak



 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selai diri sendiri"

Kita buat balik

Assalamualaikum


Buat balik.Macam mana hati sudah sakit,kepala serabut,kita turun semua tu,hilangkan semua tu.

Ya boleh,insha allah.Sudah juga kasih "FullBlast" kan,kita jangan lama-lama.Sebab lama kita biar,nanti makin tiada faedah.Orang senang ja akan hancurkan segala usaha kita.Sebab orang memang tidak mahu tengok kita gembira atau pun senang pun.Buatlah terbaik macam mana pun dan selama mana pun,kalau orang mahu hancurkan,hanya sekelip mata dia muncul.Begitulah tu ceritanya.


Mungkin macam nampak bodoh kan,lepas penat-penat cuba kasih tenangkan hati dan fikiran tetapi tiba-tiba kusut balik oleh orang,lepas tu ulang semula.Tapi itulah yang terbaik.Buat balik ja.Biarlah orang tidak faham,asalkan hati kita faham apa yang cuba kita buat.Tiada orang mahu sedih lama-lama,down lama-lama.Tiada orang mahu begitu.


Boleh buat.Kita boleh buat insha allah kita berusaha buat.


Abaikan manusia-manusia yang suka ganggu mental ni,tidak akan membantu pun.Kita abaikan saja mereka.Sebab bercakap tu senang,dan menghukum itu mudah.Ini dunia,kita kena sabar saja.

Buat balik 



 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"

Rupanya senang

 Assalamualaikum


Rupanya senang untuk buat orang benci dengan kita,baru aku faham sekarang.Sesusah susah menjaga hati,buat kepercayaan.Rupanya senang ja untuk dihancurkan. 


Pejalaran baru yang aku dapat,menghancurkan hati orang dan membuat orang benci.


 Kalau boleh Jangan ditiru 




 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"


Saturday, May 27, 2023

Bertanya khabar pada bayang-bayang sendiri edisi 5

Assalamualaikum


Harini macam mana?

Boleh-boleh lah untuk cuba cooldown,tapi masih berusaha


Masih sakit hati?

Bertambah sakit hati sebenarnya,tapi okeylah teruskan saja,makin banyak terkumpul pun makin bagus kan.Boleh sekali sapu kasih hilang.


Macam mana proses?

Alhamdulillah kena benci orang orang,baguslah,mungkin dengan benda tu,kita pun boleh cuba move on.Mungkin cuma itu jalan terbaik buat masa ni,buat orang benci kita.Tapi baguslah juga kan.Daripada ada tapi menyakitkan,untuk apa.kan.Adil la mungkin.

Apa plan untuk harini?

Syukur alhamdulillah,malam ni ada pertandingan futsal,boleh ah lepas tension sikit.Sejak kebelakanggan ni pun aktif sukan balik,main bola,futsal,jogging dan berbasikal.Mudah-mudahan semua aktiviti ni membantu untuk kita bangun dari kejatuhan ni.

Bersyukur?

Apa pun yang datang,terima dengan penuh kesyukuran saja la.Minta lebih-lebih pun,semua bukan di tangan kita.Apa pun ujian dikasih,tetap bersyukur juga ni.Mana tahu esok lusa ada hadiah yang bermakna diberikan.


Rasa menyesal?

Mestilah ada rasa menyesal juga,lagi-lagi benda yang kita elak untuk buat tapi terbuat.Tapi apa boleh buat,Mungin itu ja pilihan terbaik.Harap-harap apa yang dibuat tu berbaloi la,Harap tuhan kasih ampun ja salah silap yang dibuat.


Sabar



 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"

Friday, May 26, 2023

Langkah

 Assalamualaikum


Langkah


Apa langkah kita seterusnya?ya,mahu tidak mahu memang kena ada langkah untuk diri sendirikan.Tapi biarlah kita sendiri yang tahu apa yang kita kena buat.Sebab tiada faedah pun untuk tunjukkan kepada orang.Semuanya tuhan sudah susun cantik-cantik kan,tiada faedah untuk kita tunjukkan kepada orang.Lagi-lagi bila orang tidak yakin dengan kita,dan kita pula makin hilang kepercayaan pada orang.


Fokus kan saja pada diri sendiri,tidak semua proses kita perlu ceritakan pada orang sedangkan hasilnya mendukacita kan.Yang penting,kalau hasilnya ada.Kita bersyukur.


Sekarang iyalah,kita mahu bersuara macam mana pun,kita sentiasa di isukan.Tapi sabarlah kalau umur panjang,mungkin bukan selamanya begini.

Tepuk perlahan hatimu,usap lembut-lembut.Terima kekalahan mu dengan atas nama tuhan.Mungkin dia lagi faham dan tahu semua kejadian.Relakan sampai kita redha.Bukan selamanya dipandang begini.Kita bukan selamanya boneka dipentas dunia.Setiap yang hidup pasti akan mati.Hidup cuma sekali.Hadapi semua yang tuhan beri.Terima semuanya.


Sabar 



 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"

Bertanya khabar pada bayang-bayang sendiri edisi 4

 Assalamualaikum


Harini macam mana?


Demi allah teruk,sangat teruk.Tapi hari jumaat kan,memang kena menerima semua malapetaka yang datang.


Macam mana proses?


Masih gagal lagi,tapi masih berusaha juga kan.


Stress?


Demi allah stress,sampai mengigil tahap stress ni.


Masih ingin teruskan?


Ya,masih berusaha untuk teruskan.Serius,rasa macam diri ni badut.Dibuat macam boneka pun ada.Di minta tunjuk kan bukti padahal sudah jelas nampak kejadian nya.Demi allah dibuat macam boneka.


Rumusan harini?


Kalau boleh sebenarnya aku mahu sangat menangis,tapi kan aku lelaki.Mahu tidak mahu,aku kena senyum ja.Padahal hati berkecai-kecai sudah ni,tuhan bagi ujian ni betul-betul berat.Aku harap semua ni jadi sejarah dimasa hadapan ku,yang boleh aku kenang kalau umur ku masih boleh berjalan.


Kalaulah aku tiada amanah,mungkin malam ni juga aku terjun laut atau bangunan.Betul-betul x nampak arah tuju hidup sudah.Mahu mengadu dengan tuhan pun hari-hari perkara yang sama.


Untuk harini,aku hilang semangat,kekuatan dan juga arah tuju.Masa pun aku tidak undur semula,sangat tiada arah tuju.Difikiran cuma mahu tamatkan semua ni serta merta.Ujian yang berat,jumaat yang memang menyusahkan.


Mahu bercakap dengan siapa?meluah dengan siapa?jadi bahan ketawa ja mungkin.Tapi tuhan ja tahu tahap runtuh nya ni sekarang.Semakin susah mahu percaya orang buat masa ni,tapi yala.Semua nya tuhan yang tentukan.Kan bagus kalau dijemput waktu tidur,sebab betul-betul tiada kemampuan untuk hadap semua ni.Tuhan hanya menguji mengikut kemampuan umatnya.Tapi aku betul-betul tiada kemampuan sekarang.Difikiran cuma mahu tamatkan.Mungkin boleh menggurangkan beban semuanya.Aku betul-betul pengecut di dunia ni.Demi allah,sangat pengecut.


Harini tewas lagi



 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"