Yuhu
auchak
jeng jeng jeng
assalamualaikum
Kehidupan cinta kecewa dugaan dan kesabaran
Macam karangan bahasa melayu la pulak
dush
entri ni untuk seseorang yang sentiasa stress kecewa tahap Ultraman
yaaa memang betuL
hurmmm
aku sendiri pun bukan sempurna pun, tapi syukur alhamdulillah dengan adanya
kawan-kawan untuk memberi nasihat dan juga semangat dan yang selalu ada iaitu
keluarga yang sentiasa menegur segala kesilapan dan memberikan peringatan
tentang kehidupan . Yearhhh.. alhamdulillah
hurmm Ok
berkaitan dengan kehidupan.
selagi kita masih bernyawa, kenapa untuk kita sia-sia kan dengan perkara yang mengecewakan?
maksudNya, kalau sudah kecewa kenapa untuk diteruskan kecewa?
kenalah bertindak cepat-cepat untuk baik pulih hati dan perasaan.
walaupun mengambiL masa yang lama, namun kita tetap mencuba.
kerana allah, Keluarga dan kawan-kawan tetap ada untuk membantu.
bahagian kecewa pula.
jangan takut untuk kecewa, sebab?? sebab kita manusia yang tidak akan lari daripada kesilapan.
so dengan adanya kesilapan, kita boleh belajar sesuatu.
setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan??
so jangan gentar dan menyesal untuk kecewa.
lagi-lagi dalam percintaan. sebab selagi belum kahwin, selagi tu belum Jodoh.
jangan terlalu yakin dengan pemergian seseorang itu akan merugikan jika dia bukan lah yang terbaik.
jika dia yang terbaik pun,jangan lupa. kita kehilangan sesuatu yang baik sebab akan di gantikan dengan yang lebih baik... percayalah pada kuasa allah
Cinta
kita mempunyai hati dan perasaan,dalam bahagian cinta. ramai orang yg putus cinta akan melalui proses
kesedihan tahap gaban la kononNya.. yaaa. tidak salah pun mahu sedih. jangan tahan airmata.
tapi kena ingat, setiap percintaan yang tidak menjadi. kita harus redha .mungkin sebab tiada jodoh?
kita kena berusaha untuk mencari jodoh kita, tapi allah yang menentukan. namun itu bukan alasan untuk kita tidak merancang kan?? so dont give up untuk mencari cinta. tapi cinta tu biarlah jangan sampai ke arah yang memesongkan dan akan mengakibatkan perbuatan di luar kawalan .
bercouple pun sudah di kira haram dan dosa, so jangan lagi di tambah kan dengan dosa yg lain-lain.
sebaik baik nya kapel tu biarlah di tutup dosa nya dengan bernikah. bukannya dengan putus .
Allah datangkan seseorang itu kepada kita adalah untuk memberi kebaikan... Allah membuatkan dia pergi dari hidup kita untuk lebih kebaikan. Bersabarlah.....
Dugaan
setiap orang pasti akan mendapat ujian nya tersendiri. yang pasti sebilangan manusia pasti akan mengeluh.
warkkkkkkxxxxxx
aku sendiri pun megeluh juga dengan nasib aku, tapi mengeluh tu tidak la sehinggakan marah dengan nasib sendiri. mungkin sudah memang takdir perjalanan aku macam ni. setiap ujian yang diberikan mengikut kemampuan umat. lagi pun setiap orang yg menghadapi ujian sebenarnya tidaklah seberat ujian yg orang lain rasakan.. so sentiasa tanamkan sifat
" seberat berat masalah yang di hadapi, orang lain lebih berat masalah yg di hadapinya"
yang pasti , sentiasa bersabar dan berdoa kepada allah.. mungkin aku masih lagi belum terlalu dekat dengan allah. tapi aku percaya.. Doa setiap umat Nya pasti akan di dengar. mungkin kalau doa tu belum termakbul olehnya, pasti akan di berikan sesuatu yang lebih baik.
aku percaya dengan kekuasaan nya.
kesabaran
setiap apa yang dilalui oleh kita dan setiap cabaran yang di sampaikan., kita haruslah bersabar.
sabar juga separuh daripada iman. bayangkan kalau kita hanya bersabar.
kita sudah mempunyai iman walaupun sedikit.
( Ok lah tu.. sikit-sikit lama-lama jadi Bukit )
dengan ada nya kesabaran.kita dapat memperoleh sesuatu yang baik.
mengkin dengan bersabar kita bahagia?
memang betul
sabar itu tidak lah mudah. tetapi dengan kesabaran itulah kita dpt memudahkan , dan kesabaran itu tidak lah indah. tetapi kerana sabar akan melihat sesuatu yang lebih indah.. mungkin ..
Sebagai manusia yang tidak kekal abadi di bumi ini.
kita haruslah memikirkan sesuatu yang baik dan juga yang senang dengan cara baik untuk diri dan hati.
bukan untuk fikir kan masalah yang di hadapi tapi bukan untuk selesaikan masalah yang di hadapi.
jangan terlalu kusut kan masalah.
redha, sabar dan juga hadapi hari-hari yang penuh dengan dugaan.
SEMANGAT untuk HIDUP
SEMANGAT untuk HATI
SEMANGAT untuk MASALAH
SEMANGAT untuk MATI
SEMANGAT untuk GEMBIRA
SEMANGAT untuk BAHAGIA
SEMANGAT JADI ORANG
( Untuk diri sendiri )
amin
sering kali kecewa tapi bangkit dgn secebis harapan yg kian tipis ... cuba utk b'sabar tapi kesabaran kian hilang namun terpaksa juga b'sabar .. selalu tfikir kenapa hidup nie penuh dgn dugaan , tanpa dugaan bkn kehidupan namanya.. cinta ? apa yg ada pada sebuah cinta , bukan utk ditutur tapi utk dirasai sedalamnya... (:
ReplyDeletesemoga kewujudan kita b'manfaat utk semua...
Ya... kesabaran menguji seseorang dalam dugaan selagi masih Hidup.. amin~ hehehe
Delete