Sunday, July 28, 2013

Putus cinta tidak membunuh, tapi kesan yang di terima amat dalam

yuhu
auchak
auchak
auchak

assalamualaikum
( Rembat dari Google)

Cinta oh cinta 
Putus cinta hati merana

ahhh begitu la tu.. begitu la tuuuuu

Bagi seseorang yang kehilangan orang yang dia sayang
mesti amat berat baginya untuk menerima kenyataan
yang mereka sudah berpisah

iya ka iya?? 

memang betul hati sukar untuk menerima sesuatu yang kita tidak suka.
tapi itulah kenyataan.
sebenarnya kalau putus cinta tidak akan menyebabkan 
kemalangan jiwa pun.
selalunya kalau orang yang putus cinta ni,
mesti makan x mau,mandi x mau,bercakap x mau.
ahhhhh
itu semua dusta.
adakah patut macam begitu??
manusia harus melakukan perkara yang sudah menjadi kegiatan harian.
mana boleh kalau hilang seseorang kita terus untuk 
berhenti makan, 
mati la kita. 
itu contoh .

dush
sebenarnya apa yang kita terima kalau putus cinta ni hanyalah kesan dalam diri .
buktinya, kalau dipermainkan, 
hati rasa sakit, kecewa dan juga sukar untuk terima kenyataan.
  Di situlah wujudnya trauma,serik untuk bercinta dan juga berniat untuk balas dendam.

 Disebabkan putus cinta, kesan yang seseorang dapat kekadang lebih mendalam dan juga di luar jangkaan.
sebagai contoh,
selepas ja aku putus dengan exGf aku .
aku terus berat hati untuk ke Kota Belud.
( kampung halaman exGf)

Mungkin aku takut untuk mengimbas kembali 
kenangan lama?
mugkin juga aku takut untuk ambil risiko yang tinggi
 dalam hati .
selepas ja putus 3 tahun lalu, aku terus tanam kan niat untuk tidak ke sana.
kalau ku ke sana pun disebabkan terpaksa macam tempoh hari.

inilah kesan yang aku dapat selepas putus cinta. 
tapi tidak lah sampai mengancam nyawa .

so 
bagi orang-orang yang mengalami situasi yang sama.
jika putus cinta, kenapa untuk terus give up 
dan berputus asa??
siap ada yang cederakan diri, rosakkan diri dan juga
 membalas dendam dengan orang lain.
kesan yang di terima dalam diri adalah kesan yang di perolehi oleh tindakan sendiri.
ya lah, kalau x mau kecewa,kenapa berani ambiL risiko
 untuk bercinta.
lebih baik dekatkan diri dengan agama kan?? 

apa-apa pun jangan putus asa dalam hidup.
kehilangan seseorang yang baik akan digantikan dengan yang lebih baik.
tiada istilah dialah yang terbaik.
sebab sebaik baik orang yang kita kenal
pasti ada lagi yang lebih baik.
Dengan doa dan harapan 

2 comments:

  1. betul-betul! hihihihi. bergantung kepada Allah. semua org ada pasangan. bezanya. lambat atau cepat. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaaa..aku setuju...semua bergantung kepada allah.. hhehehe

      Delete