Wednesday, December 11, 2013

Jangan Benci orang yang pernah di sayang

Assalamualaikum

Jangan Benci orang yang pernah di sayang

SelaluNya keadaan begini berlaku adalah ketika orang yang sedang putus cinta. Sebelum berpisah Sayang tinggi sampai ke langit.Sewaktu berpisah, benci tahap tengok muka pun macam mau muntah. BukanLah manusia itu raksasa sampai di benci begitu. 

Tidak kira jika seseorang itu adalah Playboy/playgirl,pisau cukur,pisau potong ikan dan juga pisau potong burger.Dia tetap orang yang pernah disayang. Mungkin jika kita pernah di diberikan Janji dan juga kata-kata harapan sewaktu bersama, kita harus sedar bahawa itu cuma kata-kata tanpa tindakan.Maka itu cumaLah kepercayaan 40% dan jangan mengharap.

Bukan salah mereka juga kenapa keadaan jadi begini.Mungkin akibat kegagalan diri sendiri yang tidak boleh membuat seseorang itu menjadikan dirinya bertambah sayang kepada kita,mungkin tidak boleh membuatkan dia tetap menyayangi kita dan juga mungkin gagaL membuatkannya melihat yang kita betul-betul sayang padanya. Kalau sudah jatuh haruslah kekaL positive.

Bukan semua orang mampu menjadi orang yang tabah dalam hal-hal begini,tapi apa salahnya jika mencuba.Tidak mengeluarkan duit 1 sen pun.hanyalah berbekaLkan kesabaran dan juga kesedaran.Hal yang paling penting,ketika kita di kecewakan.Kita haruslah REDHA dengan segala yang kita terima. Hidup ibarat perjudian juga.Jika kita kalah,kita harus terima.Jika kita menang,maka kita dapat merasa hasiLnya.

Untuk apa membenci seseorang yang mungkin akan menjadi penyebab hidup di bebani dengan kekecewaan dan juga menjadi punca airmata berlinangan. sepatutnya langkah yang harus di lakukan adalah teruskan langkah perjalanan hidup walaupun tanpa orang yang di sayang.

DoakanLah seseorang yang pernah menyakitkan hati kita dan pada masa yang sama kita telah menyayanginya suatu masa dahuLu menjalankan kehidupan dengan aman dan juga mempunyai hidup yang menyenangkan.Jalani hari dengan penuh senyuman,kerana orang-orang yang penting di dalam hidupmu adalah orang-orang yang berada di sekelilingmu.BukanLah orang yang meninggalkan mu. 


5 comments:

  1. boleh jadi doktor cinta ko ni Teto..hahaha..bukan mudah nk lupakan org yg pernah disayang..selalunya yg berlaku kawan jadi kekasih kan?..tapi jarang sekali berlaku kekasih jd kawan balik..sbb tu jauh2kanlah jadikan teman baik anda jadi kekasih ! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nguwarkkkkk~~ dush~ skdr perkongsian bah.. hahaha.. memang betuL susah untuk lupakan org yg pernah di sayang,tapi kalau x mencuba.. sampai bila pun terus ingat ja la.. ya,selaluNya dari kawan jadi kekasih..tapi kalau hubungan sebagai kekasih x jadi, x kan hubungan sebagai kawan pun rosak kan? dush~

      Delete
    2. selalunya mcm tu lah Teto, pernah kah ko nampak yg bekas kekasih jadi kwn balik? kalau ada pun mesti lain rasanya..sbb tu tak payak ko couple dgn kawan baikmu.. :P

      Delete
    3. Saya saya saya.. saya Lah mungkjin orgNya tu.. hahahahah.. hurmm susahkan kalo ex jadi kawan..tpi insyallah kalau rehda.. memang boleh jugak tu.. hehehehe

      Delete