Wednesday, December 4, 2013

Perjalanan Kehidupan

Assalamualaikum

Setiap insan mempunyai jalan cerita kehidupan yang tersendiri.
perjalanan kehidupan yang melibatkan Diri,Keluarga,sahabat,dan juga cinta.
IniLah perjalan Kehidupan.kekadang di atas,kekadang di bawah.
jangan pernah lupa bahawa kehidupan juga ibarat perjudian.
kerana kita masih tidak tahu apa akan terjadi kepada kita di esok hari.
sebab kehidupan di esok hari adalah misteri.

Diri sendiri 

Berkali-kali telah jatuh,namun tetap hidup di atas bumi yang satu. hanya Fantasi jika berkata " aku tidak mampu hidup tanpa mu" tapi semangat untuk hidup masih lagi berkobar-kobar.dengan adaNya Tuhan yang maha kuasa, maka yakinLah dengan segala perancanganNya. untuk apa perlu takut jika di kecewakan oleh seseorang?? kenapa perLu rugi?? sedangkan orang yang meninggaLkan seseorang yang Ikhlas dan juga setia adalah orang yang patut di anggap rugi dan tidak bersyukur... MOVE ON sebagai kata harian. Allah bersama ku sebagai kata pegangan.

Keluarga
Satu pasukan yang kuat dan juga aliran darah yang sama.walaupun kekadang menimbuLkan perkara yang tidak baik dan juga tidak sependapat.namun mereka tetap ada. Perasaan dan juga pandangan mereka tetap kekaL, iaitu " adik,abang,kakak,ibu dan bapa" itulah keajaiban Nya. walaupun pengiraan umur makin meningkat.namun di mata mereka kita masih keciL dan keciL.Itulah nama nya perasaan sayang yang tidak terbatas.

Sahabat
Kita sama-sama jatuh dan juga sama-sama bangun,Kita sama-sama maju selangkah demi selangkah walaupun airmata membasahi pipi.ketika kau jatuh ,kau genggam tangan ku,begitu juga dengan diri ku.Tidak pernah membawa duka dengan sendiri Nya,kerana sahabat adalah untuk mu.Kita tidak sendiri,kita di bawah langit yang biru.Sebilangan perkara kita faham bersama dan sebilangannya kita tidak tahu.Walaupun jarak kekadang boleh memisahkan,tapi PERSAHABATAN KITA TETAP DEKAT.

Cinta
Kata-kata mu MEMBEKAS di HATIKU.kenapa aku ingin kau selalu ketawa? kenapa aku selalu ingin kau di sisi? kenapa aku selalu ingin kau menjadi seorang yang kuat? kerana aku ingin selalu ada untuk mu.Walaupun kita merancang namun tuhan yang menentukan.Tidak kira apa jua perancangan yang paling terbaik.Ada hari di mana kita ketawa dan ada harinya kita menangis, aku selalu kecewa ketika sukar untuk berkata "maafkan saya" .Jika kebahagiaan terus berulang Seperti bunga yang terus jatuh dan mekar Mari terus hidup seperti itu... Namun kehidupan bukanLah mendengar fantasi Kita.


Biar mengarut asaLkan tidak mencarut

Hoyearhhhhhhh

2 comments:

  1. enko ni ada bakat sebenarnya dlm bidang penulisan Teto..ayat yg ko guna kadang2 puitis..kenapa x hantar karya kat media penulisan..boleh tmbh side income lg .hehe.. ayat yg diluahkan tidak sama sekali mencarut, mcm org tgh kecewa jer ko nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dush~~ kalau ada rezeki, teringin juga,tapi takut pulak kena reject ..sebab Tatabahasa yang teruk.. hohoho... Bukan kecewa.. Perjalanan Hidup... hahahahaha

      Delete