Thursday, February 27, 2014

Begitu Mudahnya kau Berputus asa

Assalamualaikum
dush


Putus asa

Mengikut pandangan aku, berputus asa ni adalah salah satu perbuatan yang mematikan segala kehidupan kita.Sebab, berputus asa ni akan membuat kita hilang keyakinan pada diri,semangat, dan juga pendirian kita.Mungkinlah...

Putus asa juga,bukanlah  berputus asa dari segi apa yang kita inginkan.Tetapi, mempunyai keadaan yang lain lagi.Sebagai contoh, Putus asa dalam diri sehinggakan orang-orang terdekat merasa kan kesanNya.Di berikan situasi sebagai contoh. Jika salah seorang kawan berputus asa di dalam kehidupannya, maka dia pun mengambiL jalan untuk menjauhkan diri dengan kawan-kawan yang lain, dan juga pada masa yang sama telah berubah daripada segi sikap.Lebih suka menyendiri, dan juga lebih suka melakukan hal sendiri, padahaL itu bukanlah dirinya yang sebenarnya. 

Sekiranya berputus asa, mengapa sikap berputus asa itu terus di biarkan dan terus di sebatikan dalam diri?? BukanKah sikap berputus asa itu patut di rawat dengan meneruskan usaha untuk semua perkara di dalam kehidupan?? GagaL dalam segalaNya?? kenapa masih mahu hidup? Sebab ajaL belum sampai? carilah penyakit agar ajaL sampai awaL. 

Berputus asa bukanlah jalan untuk menyerah kalah dalam kehidupan, Mungkin hari ini GagaL, tapi siapa tahu esok hari berjaya. Yang penting kena teruskan kehidupan dan berusaha untuk melawan sikap berputus asa. 
Kehidupan bukannya senang seperti yang kita sangka kan, dan berusaha juga bukannya senang bagaikan yang kita lihat.Namun kita sendiri tahu hasiLnya jika kita sentiasa MENCUBA dan terus mencuba. GagaL berjuta kali tidak apa , asaLkan boleh BERJAYA SEKALI. Sebab berjaya sekali adalah HASILNYA. 

JANGAN BERPUTUS ASA JANGAN HILANG KEYAKINAN DIRI JANGAN HILANG DIRI 

8 comments:

  1. hari tu ada baca kat wechat tak igt spe tulis
    dia kata "kalau kita NAK benda besar, kita kena BERI benda besar"
    cth klu sedekah seringgit, blsn pun nilainya seringgit
    klu kita sedekah 50 ringgit blsn pun nilainya 50 ringgit

    okkey..ni bkn komen, ni dah ceramah dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. terima kasih atas perkongsian ceramah tuu. aku suka dgn ayat " kalau kita NAK benda besar, kita kena BERI benda besar" hehehehe...

      Delete
  2. Never Ever Ever Give up Teto..Apa-apa yang berlaku mesti ada hikmahkan..kena redha & cari jalan penyelesaainn. Megelak diri bukan yang terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa.. betuL tuuu.. jgn mengalah,Dulu aku salah seorang yg bsikap mcm ni,, selepas tu baru aku sedar yg aku bukan menyelesaikan masalah, tetapi melarikan diri dari masalah dan pada masa yg sama menambahkan lagi masalah.. hohohoh

      Delete
  3. tak patut pon nak putus asa.. kalau jalan a tak boleh , cuba cara b pulak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau x dapat jalan A. kena buat jalan B .. hehehe

      Delete
  4. putus asa , rasanya tue sikap org yg pemalas kowt... belum cuba dah mengalah .... baru usaha sikit dah menyerah.. padahal nak hasil yang lumayan... apa pun usaha laaa sekerasnya , tawakal lah sehabis daya dan akhir sekali baru menyerah pada Allah apahak hasil yg akan kita perolehi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... bkan sekadar org pemalas.. tapi mungkin juga org yg pengecut ?? sejauh mana usaha kita, begitu jugalah yang kita perolehi,atau mungkin nasib belum menyebelahi.. rezeki belum sampai mungkin.. heheh

      Delete