Assalamualaikum
Berlari ke hadapan sambil melihat ke belakang
Semua orang pernah melakukan kesilapan yang paling besar di dalam kehidupan, ramai berpendapat bahawa setiap manusia harus mendapatkan peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan lalu. Dengan peluang kedua yang muncuL, seharusnya si penerima kena memperbaiki lagi dan menggunakan peluang kedua itu sebagai pengganti dan juga penutup kepada kesilapan yang lalu.Namun jangan diLupa bahawa kesilapan lalu juga boleh di jadikan sebagai panduan untuk digunakan di masa yang akan datang. Hari esok tidak boleh di teka, maka dengan hari-hari lalu yang penuh bersejarah,si penerima boleh menggunakan penggalaman hidup untuk menjalani kehidupan yang mungkin mempunyai cabaran yang baru.
Setiap hari yang menjelang, setiap itu juga ada sebilangan orang yang menanti dan berharap akan muncuLnya peluang kedua di dalam hidup ( Tidak kira apa peluang yang ada) . Tetapi bukanlah semuanya mendapatkan peluang yang di inginkan. Mungkin ada yang berputus asa dan mungkin ada juga yang tetap tabah menanti peluang itu tiba. Mungkin ada juga yang menanti sambil mencari peluang yang ada. Tidak salah jika ingin mencari peluang kedua di dalam hidup sambiL melihat ke belakang, dengan harapan dapat mengelakkan perbuatan lampau di ulang ke perbuatan akan datang.
Hidup di dunia memang penuh dengan cabaran dan dugaan.Hari hari yang di lalui mengisi cerita yang berbeza, dan di dunia pula tiada yang kekal , ada yang hilang ada yang datang, ada yang rosak ada yang pulih. Begitulah dunia yang penuh dengan permainan duniawi.
Sebagai salah seorang manusia yang masih belum memejamkan mata buat selamanya, kenalah harus bersabar dengan setiap apa yang di kerjakan,di nantikan, di usahakan,dan juga di niatkan.Naiwaitu dan pendirian haruslah kuat dan kekaL.
berlari2 ke hadapan..jgn lupa kisah silam sbb itu yg menjadikan kita sekarang.. tapi kan Teto, jarang sekali peluang ke-2 datang.. atau ianya datang tanpa kta sedari??hmmm :(
ReplyDeleteYup... betul tu.. hurmm.. peluang kedua mmg jarang dpt.. tpi kalau aku pulak, peluang kedua tu btul2 aku usaha sampai la aku betul2 down.. hohoh.. tpi mcm ko tulis, ianya dtg tnpa kita sedari, kekadang berlaku jugak..
Delete