Tuesday, March 11, 2014

Mungkin kesabaran itu mengindahkan hidup

Assalamualaikum

dush
 Gambar yang bertajuk " Sabar dan Damai " 

Sabar Oh sabar, sabarlah dalam hidup. Setiap manusia mempunyai masalah yang tersendiri, tapi sebenarnya itu Bukanlah punca untuk kita mengeluh,kerana kita sudah tahu bahawa di dunia tiada yang abadi.Maksudnya. Tiada manusia yang hidup lama, tiada harta yang kekal, tiada derita yang berpanjangan dan tiada bahagia yang berterusan. Semua perkara itu memang wajib dirasakan oleh semua manusia yang hidup di dunia ini. 

Sebilangan orang ada yang suka mengeluh sambil bertanya " kenapa Hidup aku begini?? " dan yang lebih menyakitkan apabila ada yang persoalkan rezeki seseorang siap menyelitkan pertanyaan itu kepada Tuhan yang maha kuasa.Sebagai contoh, " ya allah, kenapaLah orang tu yang berjaya sedangkan dia tidaklah pandai seperti aku ??" Bayangkan... kenapa rezeki orang di persoaLkan sedangkan rezeki kita pun tetap ada cuma berbeza dan belum tiba masanya. Sepatutnya kita tumpang bersyukur dan juga menjadikan kejayaan seseorang itu sebagai sumber pembakar semangat kita, sebagai contoh " waaaa.. aku pun mahu jadi seperti dia juga suatu hari nanti " mungkin itu akan lebih mencabar diri kita untuk kuat berusaha. Dan juga berhenti mengeluh di atas nasib yang di alami.

Di dunia, walaupun nasib seseorang itu tidaklah sama seperti yang di hajatkan, tidak bermakna dia akan terus merasakan nasib yang sama. Mungkin itu semua Ujian kepadanya untuk lebih bersyukur kepada Hidup diri sendiri.Kesabaran memang menyakitkan tetapi hasiLnya Indah dan juga lebih mengajar kita untuk memahami erti kehidupan. 

Bersabarlah bersyukurlah dan berusahalah


4 comments:

  1. wahaha..gambar sapa la interprem kat belakang tu . x sesuai dgn tajuk :P .. terasa dihati diperenggan ke-2..kadang2 terfikir jgk mcm tu..hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elehhh. tu sewaktu aku pergi Libya tu, untuk medamaikan mereka semua. kalo x mau damai, aku lastik sorang2.. hahaha.. hurmm.. sama ahh..kekadang, aku sendiri pun ada jugak berfikiran mcm tu... hohoho

      Delete
  2. ya saya sokong Teto Yaksa! ada hikmah juga kalau bersabar kan.. even sabar ni ada had, tp kalau kita terus meningkatkan hadnya tu in shaa Allah kita ni antara org yg beruntung.. ahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaaa.. org sabar di syg tuhan.. lagi pun, sabar tu kan baguss.. heheheh

      Delete