Saturday, July 26, 2014

Kegagalan itu banyak cabangNya

Assalamualaikum

Kegagalan itu banyak cabangnya

Gagal !! mengikut fahaman aku, kegagalan ni adalah suatu perkara yang mengecewakan,perkara yang dilakukan tidak mendapat hasil,dan juga suatu perkara yang memang menyedihkan kita. Orang berkata, kegagalan itu berpunca daripada diri sendiri, mungkin ada betulNya dan mungkin juga tidak.Sebab bukan semua orang mempunyai nasib yang baik.

Gagal di dalam kehidupan, bagi pendapat aku Hidup kita masih jauh dan masih banyak yang kita belum lihat.Bermakna TIADA KEGAGALAN DI DALAM KEHIDUPAN.Mungkin hari ini orang yang jadi penagih dadah akan menjadi seorang imam di masjid suatu hari nanti,siapa tahu kan. Kita tidak dapat ketahui apa nasib kita di esok hari.Jadi jangan pernah mengeluarkan ayat " aku gagal dalam hidup" .

Selalu orang mengeluarkan ayat GAGAL,tetapi mereka tidak fikir bahawa mereka hanyalah gagal melaksanakan perkara yang mereka lakukan,sebagai contoh Pelajaran. Perkara ni semua orang lalui termasuk diri aku sendiri.Namun hari demi hari, aku terfikir bahawa ramai orang-orang yang berjaya di hari ini adalah orang-orang yang banyak gagal di masa yang lalu.Pelajaran di atas kertas tiadalah gunaNya jika hanya untuk mendapatkan segulung ijazah tanpa meng-aplikasikan apa yang di pelajari.Kerana tujuan belajar untuk menyara hidup dan cita-cita di hati. ( Pendidikan dunia) .

Bagi orang yang selalu gagal dan pelbagai perkara. Jangan berputus asa,kekal tabah dan teruskan usaha,sebab selagi tidak dijemput ajaL,maka peluang masih ada.Rezeki tetap ada untuk semua orang walaupun belum tiba waktunya. 

Jika Gagal di dunia
pastikan berjaya di akhirat
Jika berjaya di dunia
pastikan sama rata di akhirat

aku bukanlah orang yang beriman
walaupun hari-hari jumpa dosa
aku tetap kongsikan pesan
agar semua Janganlah berputus asa

( boleh dapat markah sebanyak 10 bintang,8 bulan dan 1 matahari untuk pantun) 
hahahahaha


No comments:

Post a Comment