Sunday, September 28, 2014

Berkawan kerana apa???

Assalamualaikum

Berkawan kerana apa?? Ramai orang berkawan mungkin di sebabkan kenal sejak kecil,di sekolah,Program amal dan tempat yang baru di laman sosial. Tetapi persoalan nya berkawan kerana apa??

Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa ada di sisi kawan nya tidak kira senang atau pun susah, sentiasa menegur kesilapan kawannya agar kawan nya nampakapa yang salah dan silap,dan juga menerima kawannya yang seadanya. Begitulah salah satu sifat kawan yang baik. 

Di dalam soal persahabatan , ada juga perkara-perkara yang perlu di jaga. perkara itu adalah :

Amanah : Amanah itu adalah perkara yang penting, sebagai contoh. Tidak sesekali mengkhianati kawan.

Pendengar yang setia : selalu mendengar apa yang disampaikan dan di kongsikan oleh kawan.

Penjaga rahsia : ni juga adalah salah satu amanah yang penting

penyokong kuat kawan : Penyokong kuat tidak bermakna menyokong segala perbuatan yang salah, tetapi menyokongnya untuk melakukan perkara yang betul.

7Eleven : Kawan yang sentiasa ada. Sebab tiada alasan untuk tidak dapat berhubung, zaman sekarang teknologi makin hari makin berkembang. Tidak dapat melihat wajah, tetapi dapat bercakap.Tidak dapat bercakap, SMS kan ada. 

Yang paling utama. Berkawan Kerana ALLAH S.W.T

Sekian.... 


5 comments:

  1. sy bkwn xde sbb..asalkan sy selesa dgn dia.blh bkongsi cete dh ok...

    ReplyDelete
  2. Bukan senang nak dapat kawan yg baik, tapi sebelum dari itu kita kena jadi yang terbaik dulu, insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul.... jadi yg terbaik untuk diri sendiri.. hehehe

      Delete
  3. alhamdulillah...amy ada sorang kawan yang sentiasa bersama, susah senang :D

    ReplyDelete