Tuesday, August 25, 2015

kerna aku sudah terlatih

Assalamualaikum

Kerna aku sudah terlatih 

Hari demi hari minggu demi minggu bulan demi bulan dan tahun demi tahun.Semuanya akan tetap berubah, Yang pergi tetap pergi dan yang hidup akan di gantikan sesuatu setelah ada yang pergi. 

Kawan, setiap persahabatan pasti juga akan ada perpisahan.Mungkin disebabkan kejayaan,kerja,perubahan hidup atau juga ajal.Tetap akan ada perpisahan.Ingin menjalinkan hubungan persahabatan hingga ke syurga adalah perbuatan yang jarang dilihat,lagi-lagi bersahabat dengan orang yang cuma melihat kepentingan.Apabila susah diperlu dan apabila senang kau hanya dilihat,dan juga apabila sudah muak atau melihat kesilapan seorang sahabat,lebih baik ditinggalkan. maaf... perbuatan itu tidak Iklhas...

Berkawan biar kerana hati,kerana ingin berkawan,kerana allah.Bukan kerana dilihat ada sesuatu yang boleh digunakan.nopeeeeee... 

Kawan pergi, sudah biasa.Rasanya perkara macam ni di ibaratkan minum air di botol... "Kau pergi sila kan dan jangan lihat belakang " sebab kita tiada hak dan tiada sebab untuk menghalang seseorang untuk pergi.BUKAN HAK KITA. 

Sekiranya ditinggalkan kawan, jangan sedih bahkan gembiralah..kerana bukan kita tidak baik akan tetapi akan mengajar kita menjadi lebih baik. Semoga berjumpa kawan yang membawa kita kearah kebaikkan bersama.

Jangan ambil hati
sekiranya kawan mu pergi
kerana lumrah duniawi
ada datang dan pergi
sentiasa senyum dihati
kerna aku sudah terlatih 


1 comment:

  1. Jaga tingkah laku dn jaga hati dalam berkawan. Hormati perasaan dn hak masing-masing.

    ReplyDelete