Sunday, April 10, 2016

Perkahwinan

Assalamualaikum

Perkahwinan

Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang suci dijalinkan oleh suami dan isteri melainkan di malaysia ni ada yang gay tahap kronik ( Jangan marah abang G,gurau ja) . perkahwinan selalunya akan terjadi apabila kedua dua pasangan sudah pun bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama hingga ke syurga ( kasih power ayat sikit) dan membawa janji sehidup dan semati dengan alasan SUDAH SAMPAI SERU. uisehhhh

Topik ni dipetik sebab zaman sekarang dengan zaman dahulu perkahwinan sangat jauh berbeza,Bukan berbeza dari segi adat.Tetapi daripada segi GREEN LIGHT atau RED LIGHT. Ya ahh..zaman dahulu,perkahwinan biar pun bajet rendah tetap on melainkan si pengantin lelaki membengkak kan perut wanita lain lalu ingin bernikah dengan wanita lain(Kantoi curang dan siap ada babak wanita menghalang pernikahan..alaaa macam drama2 melayu tu) . 

Zaman sekarang pulak, berbeza sikit.bukan hanya sekadar latar belakang,rupa dan kerjaya.akan tetapi daripada segi Money power juga..money power ni maksud nya..BERAPA HANTARAN. Tidak semua sebenarnya yang melihat keadaan ini,Namun begitulah kejadian yang ada di zaman kini. 10 RIBU jalan.... 15 RIBU jalan..20 RIBU jalan..25 RIBU jalan.Lepas kahwin,makan maggie hari-hari siap isteri ajak selfie .Tapi rasanya bukan semua la isteri macam tu kan. 

Bagi aku,Mungkin disebabkan zaman sekarang sudah makin maju dan juga mungkin disebabkan keadaan ekonomi yang sudah makin entah laa mau tulis apa, aku buntu di situ.Hahaha.. tapi lebih baik utamakan yang wajib ja la.. Iaitu MAS KAHWIN dan juga siap siap jadi IMAM,soal sanding tu,Boleh kumpul duit sama-sama then boleh buat la ke tahun depan nya. kan kan kan.

Apa apa pun perkahwinan sebenarnya perkara yang baik,kerana perkahwinan ni ada banyak manfaat nya dan orang - orang tua kata,murah rezeki..Uisehh..Kahwin la cepat2 yaa.. 





Selamat pengantin baru buat sahabat dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah sampai lah jadi suami orang 

No comments:

Post a Comment