Friday, June 3, 2016

Perjalanan sepanjangan TIADA PEKERJAAN

Assalamualaikum

Sudah hampir 3 bulan atau memang 3 bulan sudah jadi tauke anggur ( Tiada kerja).Payah juga sebenarnya,tapi syukur alhamdulillah masih boleh juga bernafas ni.Sudah 2 tahun lebih kerja sebagai buruh kasar di kedai bundle,mungkin sudah tiba masa nya untuk berehat atau pun mencari pengalaman baru rasanya.Bukan tempat kerja tu tidak menarik,tapi mungkin disebabkan perubahan masa yang kian berubah dan juga situasi yang baru tidak begitu menarik minat.

Kata orang,kalau kerja yang kita buat tu akan membuat kita gembira,selesa dan juga semangat,Kita akan jadi ikhlas bekerja dan duit gaji pun dapat berkat.Tapi kalau disebaliknya,banyak unsur-unsur negatif lah yang banyak jadi. Soal itu, semoga dapat di elakkan. 

Positif yang aku dapat semenjak tidak berkerja ni, aku lebih banyak meluangkan masa dengan family dan yang terutama mama aku.. hehehe, jadi orang kanan bigboss lah katakan.Dapatlah juga bantu-bantu orang tua kalau ada urusan yang memerlukan khidmat aku,contoh bawa kereta dan juga membayar bil-bil bil perlu dilunaskan.

Selain itu, aku juga dapat menghabiskan masa aku dengan kucing-kucing aku, tahun ni banyak rezeki.Pak cik sedekahkan kucing-kucing dia tuk aku jaga pulak, bermakna di rumah bertambah kucing aku, ketot @ Kucing lagenda pun tidak keseorangan.( Nanti di perkenalkan) .

Selepas itu, aku juga banyak melakukan aktiviti membaiki rumah, antara nya, buat dapur,kemas stor,ganti tikar,pindahkan almari dan mungkin cat rumah,dan yang paling bagusnya dapat juga aku jogging petang-petang ( maklumlah..orang buncit) .

Banyak lagi perkara yang aku boleh buat sebenarnya sewaktu  masih jadi boss anggur ni,memandangkan Bulan puasa sudah hampir tiba,mungkin banyak melakukan aktiviti berkaitan rumah.Baguslah juga tu,ya ah,tahun lalu Raya pertama kedua pun kerja.Rasanya tahun ni lebih fokuskan kepada keluarga.

Negatifnya apabila sudah tidak berkerja ni,Mestilah tidak memiliki duit yang banyak kan.Paling tinggi pun mungkin ada 100 di dompet.Duit saku untuk 2 minggu tu,hurmm tetap bersyukurlah juga.Yalah, sudah tiada kerja,tapi tetap boleh ada duit juga untuk beli top up ka, rokok ka,pegi beli keropok ka.Hahaha..Bersyukur ja dengan apa yang ada buat masa ni,jangan terlalu cerewet.

Tahun ni rasanya perjalanan memang mencabar,disamping tiada pekerjaan,di situlah juga ada kawan entah ke mana,keadaan emosi tidak stabil,contohnya.. Tiada angin tiada ribut pandai stress.. ( Mungkin sebab tiada duit kan) hahahahaha.

Ap-apa pun,bila disebut tentang kerja,mesti difikiran kita BEST,sebab ada DUIT.namun tiada erti semuanya kalau berduit tapi jiwa tetap sunyi.Maksudnya,apalah guna ada duit kalau kurang masa dengan keluarga.Lagi-lagi bila boleh berjumpa,bersama,lebih baik gunakan peluang itu untuk bersama.Yalah,menangis sekarang mungkin berguna daripada menangis dikemudian hari kan.Hati di isi dengan penyesalan buat sumur hidup kalau asyik di ingat orang yang sudah tiada.Kerja bukan 1 ja ada di dunia,rezeki pula sentiasa ada untuk kita.Kerana rezeki yang Allah S.W.T turunkan itu sangat banyak sehinggakan kita boleh kongsikan kepada yang lain.Bersabarlah ya .. 


No comments:

Post a Comment