Saturday, June 4, 2016

Perlukah lagi kita percaya???

Assalamualaikum

Perlukah lagi kita percaya?

Kepercayaan adalah satu tanggunjawab dan amanah untuk orang yang kita percaya.Bermakna ianya sesuatu yang penting.Berat sebenarnya memikul tanggunjawab dan amanah kepercayaan ni ,tapi ianya berbaloi buat diri.Kerana banyak manfaat yang kita dapat.

Pokok persoalan nya, adakah kita patut percaya lagi kepada orang yang telah mengkhianat kita lebih dari sekali?? mungkin juga kesilapan yang di buat tu secara tidak sengaja? mungkin juga dirancang untuk bertujuan melihat bagaimana kita mengawal perasaan ketika dikhianat?? entahlah, semua itu terserah kepada pihak yang telah kita percayakan.Namun bagi kita, jangan sesekali cuba untuk merosakkan tanggungjawab dan amanah yang telah kita dapat. 

Biar kita yang di buat,asal jangan kita yang membuat. Sebab bagi orang yang suka merosakkan amanah itu, sudah cukup menunjukkan sikap mereka untuk kita.Bagi kita pulak, teruskan berusaha untuk menjadi lebih baik.Bukan untuk orang,tapi untuk diri sendiri. Itu sudah cukup baik untuk kita.

Kita patut percaya? Rasa nya lebih baik bagi peluang kepada orang yang mersokkan kepercayaan kita.Mungkin peluang yang diberi dapat digunakan untuk menebus kesilapan yang lalu.Tapi peluang yang dibagi,jangan sama dengan yang lalu.Mungkin dengan cara yang berbeza.Setiap orang pun mesti mahu berubah kan,Tipulah kalau langsung tidak pernah terfikir untuk jadi baik.Haiwan pun ada yang baik.Kita lagi manusia yang ada hati ,akal fikiran ni.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Amanah tu besar tanggungjawabnya. Sekali hilang kepercayaan, susah dan nak percaya utk seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp.. tu ahhhh.... amanah yg berat juga tuu..hohoho

      Delete