Sunday, May 12, 2019

Masa bukan laluan untuk menghargai

Assalamualaikum

Masa

Masa adalah perkara yang kita selalu jadikan sebagai kamus kehidupan,memori indah, atau juga sesuatu perkara yang perlu di capai ( masa depan)
tapi masa juga masih belum mencapai sesuatu perkara yang memuaskan. iaitu, perhubungan.

Perhubungan yang lama tidak akan menjamin pengakhiran yang baik, kerana dengan masa yang ada masih belum tentu dapat menghargai apa yang di gelar kenangan lalu. Mungkin di sebab kan jemu atau juga hati sudah terlalu penat untuk menempuh segala ujian.

untuk menghargai sesuatu yang nyata itu sudah pasti sewaktu kita telah kehilangan . Selagi ada, mungkin tidak akan dapat merasa makna menghargai.

Yang pasti, sentiasalah menghargai diri sendiri, sekeliling dan  juga segala ujian yang diberikan.
mungkin setiap dugaan ada hikmah nya, sesuatu yang pahit itu sebenarnya ada manisnya.


No comments:

Post a Comment