Saturday, April 4, 2020

Ada apa dengan 2020

Assalamualaikum

Ada apa dengan 2020

budak-budak yang lahir dalam tahun 90 ke 2000 begitu mungkin teruja dengan kemunculan tahun 2020 disebabkan gagasan WAWASAN 2020 yang dicipta oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.

Sebagai salah satu budak yang telah lahir pada tahun 90 an, kini telah terjawab apa yang terjadi di tahun 2020 

CORONA VIRUS ( COVID-19) 

Wabak virus ni telah menjadikan kebanyakkan negara menjadi huru-hara dan Malaysia menjadi salah satu negara yang mendapat virus ni.

syukur alhamdulillah sebab kerajaan masih mencari jalan dan juga berusaha untuk memerangi penularan wabak ini agar tidak merebak 

kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan untuk memutuskan rantaian wabak ini.

Sekiranya rakyat Malaysia bersatu dan mengikut perintah kawalan ini, dengan izin Allah S.W.T , negara Malaysia boleh berjaya mengurangkan kadar pesakit yang terkena virus COVID-19 dan juga mampu mengurangkan kadar kematian akibat virus ini.


Disebabkan perintah kawalan pergerakan ini, ramai rakyat malaysia yang tidak boleh bekerja ( bagi sektor-sektor yang tidak berkaitan) dan juga ramai yang telah diberikan cuti tanpa gaji selama 6 bulan atau berkemungkinan di berhentikan kerja.

Disebabkan hal itu, ramai rakyat yang hilang sumber rezeki dan juga tiada tempat bergantung. Namun kerajaan telah mencari jalan untuk membantu rakyat Malaysia ,dengan membuat bantuan dari segi KEWANGAN, tiada yang terkecuali. Disamping itu, bank-bank juga telah membuat penangguhan bayaran pinjam selama 6 bulan untuk memudahkan rakyat yang kini mengalami situasi covid-19.

Selaku Rakyat Malaysia dan juga budak yang menantikan wawasan 2020 Covid-19, seharusnya kita berterimah kasih kepada kerajaan, dan yang paling diutama, Pasukan-pasukan barisan hadapan. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa-jasa mereka. 


STAY SAFE MALAYSIA  

No comments:

Post a Comment