Assalamualaikum
Hari MALANG atau hari UJIAN
sejak sehari lepas segala urusan menjadi sukar, daripada ke jpj sampailah ke sesb, tapi hari esok tu kan masih ada ( Hari ini) . Namun, harini pula nasib yang kurang baik menimpa sebab sewaktu ingin ke utc ( jpj buat kali ke 3) sebelum itu kereta aku pula kena langgar daripada depan.
Berpunca daripada kereta Hilux yang mengundur secara mengejut, waktu tu aku pula sibuk tengok pam mana kosong, tanpa disedari sudah dia undur dan kena bonet depan. Boleh tahan juga la bengkok depan tu, mula-mula perbincangan orang tu macam tidak mahu tanggungjawab.Tapi aku tidak mahu duit dia, cuma bawa ke bengkel dan dia bayar bayar. Itu ja, dan dia pun setuju. jadi total kos untuk baiki RM 250 ketuk termasuk cat.
Mudah-mudahan orang tu memang betul-betul bertanggungjawab, sebab kalau dia lari .jawab nya kena melapor polis dan memviral nombor flat kereta. harap-harap dipermudahkan urusan aku esok.
PENGAJARAN
Biar pun kita sentiasa berhati-hati dalam pemanduan, tetapi kalau sudah tetap jadi,maka terjadilah juga. macam nasib aku harini. Harap lepas ni aku lebih berhati-hati memandu kereta.
PERINGATAN BERSAMA
No comments:
Post a Comment