Saturday, July 16, 2022

Bila sudah tidak bersama


Assalamualaikum

Bila sudah tidak bersama 


Sewaktu bersama, segala-galanya indah, lautan berapi sanggup ku renang. Apabila sudah tidak bersama nampak la konon buruk nya. Nampak jelas segala keburukan. Mesti semua orang melalui perkara yang sama kan? Sedarlah itu semua "SCAM" .

Benda tu terjadi sebenarnya hanyalah untuk menutup kesilapan. Bagaimana mahu menjadi buruk kalau kita mangsa? bagaimana kalau kita yang di khianat?  jadi untuk menutup segala kesilapan, arah keburukan di tujukan pada kita. jadi, perkara ini sebenarnya normal. kita jangan ambil kisah sangat pun. Manusia memang berubah-berubah sifatnya, apatah lagi hatinya kan. 

Harini kata sayang, esok lusa kata benci. gelas kalau penuh airnya tumpah. Terpaksa guna gelas baru. Itu lumrah manusia yang tidak akan pernah ada kepuasan. Jadi jangan di pedulikan sangat. Hal-hal lalu sudah berakhir. Selamat tinggal pada kenangan dan selamat datang pada masa depan. 


Jangan Fikir

 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"

No comments:

Post a Comment