Tuesday, July 5, 2022

Pelan Perancangan menuju wawasan jiwa

 Assalamualaikum


Kan ku canang satu dunia , Ha ha ha 


Semua perkara perlukan proses, yakin dengan proses. Tapi semua nya juga perlukan perancangan. Tanpa perancangan,mungkin akan jadi berat sedikit. 

Bayang-bayang

Mungkin sudah tiba masa nya untuk jangan takut dengan bayang-bayang sendiri,sebab orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri ni adalah orang yang memang melakukan kesalahan pun. Ni bayang - bayang sendiri ya, bukan orang lain. 


Jangan Peduli

Salah satu perkara yang terbaik adalah tidak peduli, sebab kalau peduli, diri sendiri pun sudah terabai, dan kena ingat, kita pun bukan di pedulikan. Sudah jadi debu pun. Jadi boleh untuk jangan peduli kan, takut nanti sendiri yang makan hati. 


Yakin terhadap perkara yang baik-baik

Mungkin kita rasa keadaan ini adalah hari yang terburuk kita. Jangan bimbang, pasukan bola sepak pun ada kalah dan menang, ini kan pula melibatkan perasaan. Apa pun perkara yang lalu menimpa dengan diri, jangan putus asa,sebab hari yang baik juga rezeki buat kita.


Jangan takut dengan kesilapan

Ni kebanyakkan orang risau, sebab takut betul dipersalahkan. padahal bukan perkara yang besar pun disitu, namanya juga manusia,tiada yang sempurna. Tetapi terima ja kenyataan. Ada perkara boleh di ubah, ada yang tidak. Mustahil kan untuk kita iya kan kalau seseorang itu merembat bola kita pula mengatakan dia sedang memanah .Kalau memang itu, itulah tu. bah, jauh.. kalau faham , faham ja la. tapi ni untuk diri sendiri ya.. berani kan diri dengan kesilapan yang kita buat. Anggap saja apa kita dapat sebagai balasan dengan apa yang kita telah lakukan. Oleh itu, kita boleh belajar daripada kesilapan kita.


Rindu


Ya, rindu tu memang ada ,tapi boleh la untuk rasa bersyukur sebab kita pernah ada merasa kebahagiaan tu, jangan pula kita kurang rasa bersyukur lepas tu mencari kerinduan baru sedangkan otak masih kucar kacir. jangan jadi kan orang lain mangsa kita. tidak adil. Boleh rindu-rinduan jadi kenangan-kenangan, macam lagu, hahaha.


Senangkan hati tapi jangan menipu


Kita perlu senangkan hati tapi jangan menipu. Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh kita buat, tidak salah untuk kita ketawa atau senyum.Itu pun salah satu tangan yang membantu,biar pun sikit tapi membantu,jangan tipu hati sendiri.Berikan gambaran yang jujur tentang keadaan perasaan sendiri. Insha allah,kita bebas melakukan aktiviti dan boleh senangkan hati dengan mudah.


Terima


Sentiasa sematkan dalam hati untuk menerima semua, sebab semua nya tentang diri sendiri tanpa ada pengelibatan orang lain. Apabila kita boleh menerima, kita juga boleh memaafkan diri sendiri. Mungkin di situ kita boleh rasa ringan dan perlahan-lahan maju. Abaikan tentang orang lain, sebab apabila kita sudah menerima segalanya,makna nya tiada apa lagi untuk kita tepis. Hal dia,biar dia fikir. Hal kita. kita teruskan. Untuk diri sendiri ya


Kalau bukan kita siapa lagi. Mungkin kita buruk di mata orang lain, tapi jangan kita buruk di mata sendiri. Sebab hanya kita yang tahu keadaan yang sebenarnya.Tidak kira kita atau orang lain punca. Ini masa nya untuk kita teruskan sendiri tanpa menyakiti orang lain. 

 



"Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"

No comments:

Post a Comment