Sunday, August 7, 2022

Masih berani untuk tidak mencuba

 Assalamualaikum


Masih berani untuk tidak mencuba memulakan sesuatu yang baru


Kita ni apabila di fasa kecewa tahap otromen begini masih memerlukan banyak masa untuk pulih. Walaupun perlahan-lahan kita dapat kurangkan rasa kecewa dan sedih tu, tapi kita masih di persekitaran yang menakutkan kita,hasil daripada apa yang kita telah terima. 


Mungkin hati masih belum berani untuk memulakan langkah untuk mengenal orang yang baru demi merawat hati. Perasaan takut tu masih ada dan tetap menyelubungi kita. Entah macam mana orang lain ada kekuatan untuk kenal orang baru dengan kadar segera, adakah mereka sedar cepat atau memang sifat semula jadi?. 


Kita ni manusia walaupun berada di langit yang sama tapi percayalah, hati lain-lain. Baru sedar yang hati manusia ni ada yang boleh berubah dengan pantas. Harap kita pun ada kekuatan yang sama, yang boleh ubah hati kita dengan kadar yang segera. Demi kesenangan hati kita sendiri .


Sekarang walaupun berusaha sebaik mungkin untuk penyembuhan, tapi takut-takut tu memang ada, belum move on pun susah juga mahu iyakan, sebab move on atau x move on.Kita tetap kena terima kenyataan yang mustahil untuk berulang semula waktu-waktu gemilang bersama. Tapi tetap bersyukurlah sebab pernah melalui saat-saat yang membahagiakan. 


Mungkin suatu masa nanti kita akan ulangi saat-saat yang membahagiakan lagi, tapi bukan dengan orang yang lalu. Cuma masa nya entah bila. Kita rawat dulu hati sampai sembuh sepenuhnya barulah kita cuba kenal-kenal hati yang baru ya. Sebab kenangan tu kita yang cipta. 


 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"

No comments:

Post a Comment