Saturday, May 27, 2023

Bertanya khabar pada bayang-bayang sendiri edisi 5

Assalamualaikum


Harini macam mana?

Boleh-boleh lah untuk cuba cooldown,tapi masih berusaha


Masih sakit hati?

Bertambah sakit hati sebenarnya,tapi okeylah teruskan saja,makin banyak terkumpul pun makin bagus kan.Boleh sekali sapu kasih hilang.


Macam mana proses?

Alhamdulillah kena benci orang orang,baguslah,mungkin dengan benda tu,kita pun boleh cuba move on.Mungkin cuma itu jalan terbaik buat masa ni,buat orang benci kita.Tapi baguslah juga kan.Daripada ada tapi menyakitkan,untuk apa.kan.Adil la mungkin.

Apa plan untuk harini?

Syukur alhamdulillah,malam ni ada pertandingan futsal,boleh ah lepas tension sikit.Sejak kebelakanggan ni pun aktif sukan balik,main bola,futsal,jogging dan berbasikal.Mudah-mudahan semua aktiviti ni membantu untuk kita bangun dari kejatuhan ni.

Bersyukur?

Apa pun yang datang,terima dengan penuh kesyukuran saja la.Minta lebih-lebih pun,semua bukan di tangan kita.Apa pun ujian dikasih,tetap bersyukur juga ni.Mana tahu esok lusa ada hadiah yang bermakna diberikan.


Rasa menyesal?

Mestilah ada rasa menyesal juga,lagi-lagi benda yang kita elak untuk buat tapi terbuat.Tapi apa boleh buat,Mungin itu ja pilihan terbaik.Harap-harap apa yang dibuat tu berbaloi la,Harap tuhan kasih ampun ja salah silap yang dibuat.


Sabar



 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"

No comments:

Post a Comment