Friday, May 5, 2023

Tersungkur buat kali yang kali kali kali nya

 Assalamualaikum


Manusia yang asyik-asyik jatuh, cuma hati dan perhatian nya yang diperlu, tidak di terima secara ikhlas. 


Sabarlah, dunia memang tidak adil pun. Mahu merunggut pun, seakan akan menyalahkan perancangan tuhan. 


Bersyukurlah, sebab cepat atau lambat. Tuhan tunjukkan sifat manusia sama ada ikhlas atau pun tidak. Mungkin nampak seperti berat sebelah. Tapi kalau memang itu kejadian nya, maka kena menerima dengan hati penuh terbuka. 


Luka? Memang luka, tapi jangan lama-lama. Sebab masih banyak perkara yang belum lunas. Masa lalu boleh sudah di abaikan. 


Esok lusa tulat berusaha lagi untuk bangkit daripada kejatuhan. Jangan menyerah kalah, biasalah manusia.  Manusia mana yang tidak sedih, manusia mana yang tidak kecewa, manusia mana yang tidak gagal dan manusia mana yang sentiasa di atas. Tetap ada jatuh bangun nya juga. Kalau jatuh, kena bangun. Tuhan kan tidak tidur. Sentiasa berbuat baik saja dengan sesama manusia.


 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"

No comments:

Post a Comment