Monday, September 16, 2013

16 september :: Selamat Hari Malaysia ::

Yuhu

SelamaT hari Malaysia 
negaraku

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

selamat hari MALAYSIA ku Merdeka 
Sumber 

4 comments:

  1. selamat hari malaysia dan selamat bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaa... selamat hari malaysia..dan nanti pagi cuti sudah habiss.. hehehe

      Delete
  2. Merdeka..!Merdeka..Sabah..hee..memang best..untung kawan kamu yg dpt merasai suasana stdy d pOliKK..salam kenal..hihi^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenaL jugak.. heheh.. yaaa.. bnyak kawan aku di poli kk tu.. so ada la jugak shre2 sikit pasaL d sana.. ehehe

      Delete