Monday, December 30, 2013

Orang Yang HebaT sebenarnya Banyak

Assalamualaikum

Orang yang Hebat sebenarnya Banyak

Orang yang HEBAT.AsaL perkataan HEBAT,mesti orang berfikir yang itu mestilah sesuatu yang luar biasa,lain daripada lain , sesuatu yang mungkin orang tidak Boleh buat dan juga mungkin orang yang telah diberikan anugerah yang istimewa oleh tuhan. hurmmm Hebat... 

Antara golongan golongan yang hebaT.

[Orang yang bergelar ibu ]
Seorang wanita yang melahirkan seorang insan ke dunia,Nampak diam tapi sebenarnya dia lebih memahami.Sekiranya dia mengarahkan sesuatu perkara yang kita tidak suka dan juga rasa seperti tidak patut.Namun siapa tahu sebenarnya itu adalah untuk kebaikkan kita dan juga memang untuk kita.Nampak saja garang dan kuat marah,padahaL siapa sangka itu adalah didikan yang akan di ingat sampai ke mati.

[ Orang yang bergelar Guru]
Seorang insan yang mengajar seorang pelajar menjadi seorang manusia.Didikan yang diberikan ikhlas dari hati dan juga mempunyai banyak rahsia pendidikan  untuk di berikan.Itulah dia seorang guru.Langsung tidak kenal erti penat dan putus asa demi mendidik anak murid nya untuk menjadi orang yang berguna.Hanya Guru saja yang Boleh menjadikan seseorang itu Perdana menteri,angkasawan,dokter dan my idoLJob, PENASIHAT SULTAN. hahahaha

[Orang yang bergelar Kawan]
Seorang insan yang susah ada di belakang senang pun ada dibelakang,Boleh menjadi tulang belakang juga apabila berada jauh di samping keluarga.Mungkin kekadang menjadi abg/kakak/adik/ atau pun kekadang boleh menjadi Idola.Itulah kawan,yang pasti.salah satu kawan yang baik tidak akan suka melihat kawan nya menangis bersendirian.kalau perlu menangis bersama,kalau tidak perlu buatLah kawan yang menangis tu ketawa.

[Orang yang bergelar Manusia] 
Keseluruhan manusia di Muka bumi mempunyai kehebatan yang tersendiri.dan juga seluruh manusia di Bumi juga memang Hebat.sebab, di berikan akaL dan fikiran,nafsu,dan juga hati perasaan. Oleh sebab itu,kenapa perlu kita melihat kehebatan orang lain sedangkan kehebatan sendiri kita abaikan?? Rugi bagi kita jika mengejar apa yang orang lain miliki namun melepaskan apa yang kita miliki.Bayangkan sebagai contoh, Jika seorang penyajak ingin menjadi penyanyi walaupun dia sedar bahawa dia tidak pandai untuk menyanyi,Bukankah rugi bakatNya sebagai penyajak tidak digunakan.Jika di fikirkan, bakat bersajakNya boleh di gabungkan dengan sebuah Lagu dan dijadikan sebuah Lagu yang HebaT.Kebanyakkan Lagu-lagu juga daripada hasiL sajak dan juga syair. 

Salah satu kehebatan manusia juga apaBila dia bersabar ketika menerima dugaan. Dia mempunyai banyak masalah,Namun Mulutnya tetap TIDAK lupa bagaimana untuk senyum. Itulah salah satu kehebatan manusia.senyum itu indah,Kalau tidak percaya. Pergi cermin senyum sendiri sambiL cakap " waaaaaaa comeL ahhh" 

Ending : HebatKan manusia sebenarnya.Lagi hebaT jika dapat digunakan dengan sebaikNya.Kunci-kunciNya.Sabar,senyum,dan Bersolat jika pandai,(Mendekatkan diri pada tuhan) jika tidak pandai, BelajarLah perlahan lahan.

"Orang yang hebat mampu membuat orang Lain Tersenyum walaupun situasiNya menyedihkan"
Learn from yesterday Live for today Hope for tomorrow

2 comments: