Monday, February 24, 2014

Kebahagiaan itu bukanlah hanya satu perkara

Assalamualaikum
Dush
Kebahagiaan oh kebahagiaan 

Gambar Hiasan 

Bahagia : Semua orang tahu bahagia tu berkaitan dengan hidup manusia, sebagai manusia, semua orang pun ingin bahagia.Melainkan Pengganas yang ganas tahap ultraman,Mungkin Kaum barbarian. Apabila aku fikir-fikirkan, sebenarnya kebahagiaan itu bukanLah datang sendirinya.Tetapi kita sendiri yang berusaha mencari kebahagiaan tersebut.Kebahagiaan itu bukanlah hanya percintaan sesama manusia @ cintakan seseorang, tetapi perkara yang lain.Sebagai contoh, pencinta alam sekitar.Seseorang yang terlalu menyayangi alam sekitar dan di atas sebab kebahagiaan nya, seseorang itu melakukan kempen atau pun menjalankan aktiviti.Contohnya, melakukan kempen menanam Pokok atau pun menyelamatkan Sungai. Itu adalah salah satu kebahagiaan.

Kebahagiaan juga boleh di wujudkan melalui persahabatan.Kerana persahabatan mampu mengeratkan lagi silahturahim sesama insan, dan memang membahagiakan. Tanpa Kawan kurang sempurnalah persahabatan. Sebilangan orang pula Lebih bahagia apabila mendekatkan diri dengan Allah S.W.T, dengan itu mereka dapat mencari ketenangan dan juga kebahagiaan di dalam kehidupan. ( RESPECT this PEOPLE) 

Kebahagiaan ku pula adalah, melihat orang orang sekeliling ku sentiasa tersenyum dengan hati senang, yang utama melihat kedua ibubapa gembira dan keluarga.Disamping itu, sentiasa gembira bersama kawan dan mengekalkan lagi persahabatan sehingga ajal menjemput tiba. Itulah antara kebahagiaan ku ... 

Kebahagiaan anda pula????

4 comments:

  1. Semua yang diatas..petua untuk bahagia..kena selalu bahagiakan orang lain..In Shaa Allah tempias dia mesti dapat kat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. setuju tu, lagi pun kebahagiaan org lain adalah kebahagiaan kita jugak kan., hehehee

      Delete
  2. salam kenal dan join
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete