Assalamualaikum
( Saja Promo PhotoCover Timeline aku. Mirip tak! haha )
Jangan BERHENTI percayakan diri sendiri
Dikisahkan sebuah sejarah dongeng yang bertajuk Nenek beruang berjumpa atok beruang dan mereka telah melakukan eksperimen untuk menghybrid kan spiesis beruang,maka terciptanya panda! Opssss.. silap topik pulak.. hahaha.. UndeR age jangan fikir Negative Ok !!
Jangan berhenti, jangn berhenti percayakan diri sendiri. Semua orang di dunia mempunyai impian dan juga keinginan yang kuat sehinggakan ada yang menjadikan impianNya sebagai kehidupan dan juga ada yang sedang berusaha untuk mengejar impianNya. Disamping itu, ada juga sebilangan yang berputus asa dan mula tidak mempercayai diri sendiri disebabkan kegagalan untuk mencapai impian yang di usahakan.
Bukan senang untuk menjalani sebuah perjalanan kehidupan, apatah lagi jika mempunyai kenangan silam yang HITAM. Tetapi tidak mustahil jika berusaha untuk terus maju ke hadapan dan juga memperbaiki kehidupan yang mungkin sudah lama tertinggal atau pun gelap.Biar lambat untuk melakukan sesuatu asaLkan ianya bergerak.
Kita hidup di dunia mungkin ada yang berkata lama dan ada juga yang berkata sekejap, tetapi apa kata kita mencuba hargai hidup kita selagi masih bernyawa di muka bumi ini???.Hargai hidup bukanlah cuma dari segi kita mensyukuri segala yang kita ada,tetapi cuba untuk memperbaiki kehidupan lama kita dengan sesuatu yang baru dan juga lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang.
Mungkin jika hari ini kita bersusah susah,mungkin suatu hari nanti kita bersenang senang jika kita berusaha menjalani kehidupan dan mengerjar impian kita. Biar hari hari menangis disebabkan kepayahan , asaLkan jangan kita menangis disebabkan penyesalan.
Apa yang ingin disampaikan ini adalah, janganlah kita berputus asa kepada diri sendiri dan jangan berhenti percaya kepada diri sendiri. Dengan berbekalkan doa dan keyakinan, restu keluarga dan orang sekeliling, dengan izin allah apa yang di usahakan mungkin akan membuahkan hasiL atau mungkin kita mendapat sesuatu yang lebih baik daripada yang kita impikan,kerana Tuhan maha adil dan lebih tahu segalanya.
Jangan berputus asa untuk mempercayai diri sendiri
jangan Berhenti
sokong ! teruskan b'usaha , teruskan b'harap dn teruskan b'doa , insyaAllah dipenghujung sana ada laa hasilnya (:
ReplyDeleteBetul2.. semoga apa yg di usahakan mmbawa hasil..amin~~ hehehe
DeleteAamin.. usaha sampai berhasil ye..
Delete