Assalamualaikum
Oh Negaraku
#Pray for MH370
Sejak kebelakangan ni, negara kta menjadi perhatian kepada seluruh dunia.Bermula daripada kehilangan sebuah pesawat MH370 yang sepatutnya ke Beijing.Namun, kehilangan pesawat itu masih lagi di anggap misteri. Yang bermain di minda kini ialah, adakah rakyat kita dan juga ahli-ahli politik kita akan bersatu untuk menjaga imej dan juga berusaha menjaga sebuah nama NEGARA MALAYSIA dan di anggap negara yang aman dan makmur???
Apabila tengok di Youtube, dan juga di television, ada juga ahli dewan rakyat yang sibuk membedaL kepada pihak yang di salahkan.Selain itu, ada juga sebilangan Blogger,wartawan dan juga mungkin separuh daripada rakyat malaysia yang sibuk membuat andaian sendiri, kehilangan pesawat hanya satu, namun ceritanya bagaikan beribu.Sebagai contoh, ada sebilangan Blogger yang membuat artikel tentang pesawat itu di mana, ada juga yang siap menyatakan bahawa pesawat itu begini,begitu dan Bla bla bla... dan ada juga yang mengambil kesempatan mengunakan nama anak mangsa untuk bla bla blaa.. Sekiranya kita adalah keluarga mangsa, apakah perasaan kita jika orang lain berbuat demikian??
Media luar kini sibuk mencari kelemahan negara kita,bahkan ada media yang menganggap sistem pengurusan di negara kita lemah, malah ada juga yang berpendapat negara kita kini tidak selamat lagi.
Sampai bila untuk kita dijadikan bahan media luar negara?? mungkin sudah tiba masanya untuk
ahli-ahli dewan, ( Pemerintah dan pembangkang ) Media2 malaysia, Blogger-blogger malaysia dan juga seluruh rakyat untuk bersatu, bukannya ada yang menyimpan kepentingan untuk diri sendiri, dan hanya mampu mengikut kata orang luar lalu di kritik oleh orang luar. Setiap daripada orang di negara kita mempunyai kehidupanb yang bertuhan,dan kita semua yakin dan juga berdoa bahawa tuhan tetap akan membantu umatnya. Jika kita semua berdoa dan terus berdoa, dengan izin allah pasti akan di permudahkan misi pencarian. Pada masa yang sama, semuanya bersatu untuk menunjukkan kepada negara luar yang negara kita adalah sebuah negara yang bersatu dan mempunyai perpaduan yang tinggi.
nice sharing...
ReplyDeleteNway..jom support GA ida..
http://kisahkita-story.blogspot.com/2014/04/simple-1st-giveaway-blog-kisah-kita.html