Friday, May 2, 2014

Kerja suka atau kerja terpaksa

Yuha
assalamualaikum

Lama sudah aku tidak update
isk-isk-isk

( Macam la ada readers juga kan? ahh main2 jak bah) 
dush

( Jadi ModeL kejap ) 
Kerja suka atau kerja terpaksa, Dua perkara yang BERBEZA. Semua manusia di dunia memang akan berkerja untuk mencari rezeki dan juga pengalaman, REZEKI dan PENGALAMAN juga BERBEZA.Kalau tidak kerja, TIADA makanan,pakaian dan juga tempat TINGGAL, yang pasti Bilang kaum wanita " NO SHOPING"  hahaha.. Kerja biarlah HALAL walaupun GAJI keciL, sebab kerja yang halal kita akan merasakan duit titik peluh itu berbaloi dan nampak hasiL. Ya ....kembali ke topik. 

Kerja suka : Kerja suka adalah pekerjaan yang kita suka lakukan,tidak semestinya kerja itu nampak HEBAT, SENANG, dan juga mendatangkan hasil yang melimpah. Tetapi kerja yang boleh membuatkan kita ingin melakukan nya tanpa ada sifat mengeluh. dush~  Kerja dengan hati yang senang memang AWESOME.

Kerja yang terpaksa : Kerja yang terpaksa pula, adalah kerja yang  terpaksa dilakukan  demi mendapatkan duit dan menyara hidup kita. Tetapi kesan negative nya, setiap hari kita akan melakukan pekerjaan itu dengan mood yang tidak kekal, mungkin mood baik, stress, dan juga rasa menyesal TURUN KERJA.MUNGKINLAH... kerja kerana terpaksa sebenarnya tidaklah baik, kerana apalah guna mencari rezeki dengan hati yang kurang senang dan semangat yang hilang. Kan kan kan...  Baik tidur di rumah tunggu duit daun jatuh.


Tiada kerja yang senang di dunia, sedangkan tidak berkerja saja sangat penat.Apatah lagi ketika berkerja.Tidak kira kerja sebagai apa, cubalah untuk menyukai pekerjaan anda.Dengan izin allah, kita akan melakukan pekerjaan itu dengan ikhlas dan juga hati yang senang. 

Selama aku berkerja, aku dapat apa yang aku hajatkan, iaitu PENGALAMAN. Sebab PENGALAMAN itu lebih berharga daripada harta, Jika ingin mengejar hidup, terokailah pengalaman.Kerana tanpa pengalaman, kita akan tersesat dan akan di ibaratkan seperti " katak di bawah tempurung " 

No comments:

Post a Comment