Wednesday, October 29, 2014

Rezeki itu ada di mana-mana

Assalamualaikum

REZEKI

Rezeki untuk hari ini yang diberi oleh Kaiju sempena hari kelahiran
Arigatou
hahaha

Jika disebut tentang rezeki, ianya tertumpu kepada apa yang kita diberi.Ramai orang anggap rezeki adalah sesuatu perkara yang melibatkan DUIT.tetapi, sebenarnya rezeki adalah lebih daripada itu.Antara rezeki yang dimaksudkan adalah.

  • Rezeki diberikan kehidupan yang lebih lama
  • Rezeki diberikan kesihatan yang baik
  • Rezeki dibelanja makan oleh kawan 
  • Rezeki diberikan kenaikkan pangkat atau pun berjaya di dalam urusan yang dijalankan.
  • Rezeki mendapat cahaya mata
  • Rezeki mendapat Jodoh 
Dan segala yang kita telah kita miliki adalah REZEKI yang diberikan.Sebagai pemilik rezeki yang diberikan,Kita janganlah bersikap sombong,riak dan angkuh dengan apa yang dimiliki.Kerana dengan sekelip mata rezeki yang kita miliki itu akan hilang.Yakinlah bahawa apa yang dimiliki itu tidak akan kekal abadi dan apa yang kita tidak mampu miliki itu adalah tidak kekal selamanya.Mungkin ada orang yang berniat untuk mempunyai rumah tetapi duit titik peluh belum mencukupi sehinggalah suatu hari kelak dia mampu untuk memiliki sebuah rumah,PuncaNya??? sebab dia mempunyai REZEKI.

Jika selalu gagal?? Bersabarlah... Mungkin rezeki nasib belum sampai,dan itu bukan bermakna untuk kita berputus asa.Rezeki tetap ada untuk semua Orang.Yang penting bersabar,berdoa dan juga berusaha.Dengan izin allah REZEKI itu ada.Kita hanya mampu bersyukur.


1 comment:

  1. Banyak bentuk rezeki yang Allah boleh berikan, kita sebagai makhluk patut bersyukur dgn setiap pemberianNya :)

    ReplyDelete