Assalamualaikum
Semua orang di dunia mempunyai masalah,namun bukan semua manusia di dunia menjadikan masalah itu sebagai salah satu faktor kedukaan.Sebagai contoh, Tidak makan,bersedih,mengalami masalah kemurungan dan ada juga manjadikan ianya sebagai masalah yang paling berat di dalam hidup.
Masalah akan menjadi serius jika di fikirkan serius dan hanya di fikirkan tanpa tindakan.Yang lebih malangnya lagi masalah itu juga akan melibatkan teman yang dekat turut mengalaminya juga.CONTOH, jika individu tersebut bermasalah,kawan baik yang menjadi tempat lepas marah akibat masalah yang difikirkan.Akibatnya,kesianlah kawan baik.
Sepatutnya : Jika bermasalah,lebih baik diam dan berfikir macam mana untuk selesaikan masalah yang ada dan juga cuba untuk tidak memberatkan lagi masalah yang di hadapi dengan jangan terlalu berfikir sehinggakan diri sendiri terabai.Contoh,muka pucat,makan tidak teratus,dan juga emosi sentiasa terganggu.Sekiranya berlaku perkara yang di tulis sudah pasti nampak menyusahkan diri.
JANGAN : Jika bermasalah,janganlah terlalu meluah di laman sosial.Kerana itu lebih menunjukkan "Perlukan perhatian umum" dan kemungkinan orang akan berpandangan dan menilai bahawa diri tidak tabah dan juga suka menarik perhatian orang. Lebih baik banyak meluah melalui doa.
Harus : Jika masalah dianggap terlalu serius,Lebih baik masalah itu di kongsi kan kepada orang yang mungkin pernah melalui nya atau juga orang yang lebih dewasa.Walaupun tidak dapat dibantu dengan fizikal mungkin dapat dibantu dengan mentaL ( NASIHAT) .
Wajib : Masalah tidak akan mati di dunia,Kerana Tuhan sentiasa menguji umatnya mengikut kemampuan.Tanpa ujian,manusia tidak akan belajar tentang kehidupan yang di jalani. Suka atau tidak,Terima masalah dengan penuh ikhlas dan jadikan sebagai cabaran hidup.
Masalah didatangkan untuk menguji kemampuan kita dari fizikal dan mental. Hidup nie tak best kalau sepanjang masa bahagia, kan so sesekali tu nak jugak diuji. Allah menguji hambaNya dengan kemampuan yang hambaNya mampu. Sekian (:
ReplyDelete