Tuesday, February 10, 2015

Jika ini nasibku

Assalamualaikum

Jika ini nasibKu

Semua orang mempunyai kerja yang tersendiri,Begitu juga dengan aku.Semua orang ditempat kerja pasti akan mempunyai masalah berkaitan kerja.Aku juga memilikiNya.Namun,tidak akan lari hal hal yang berkaitan (Cakap belakang dan melapor).Perkara ni mungkin berpunca daripada tidak puas hati dan mungkin juga disebabkan hal hal yang tertentu..TETAPI kenapa harus ada mangsa??? Orang Lain melapor tetapi orang lain yang mendapat nama atas sebab laporan yang di buat.. 

Pelapor lain
sumber lain
yang di lapor lain 
Mangsa Orang lain.. Niceeeeeeeee

Pelapor : Sepatutnya,sebagai pelapor haruslah memberikan laporan yang betul dan matang.Bukannya hanya untuk lebih menghangatkan keadaan dan ada tokok tambah di dalam laporan.Jika berfikiran matang,seharusnya janganlah dahulu melapor kepada orang yang di atas.Sepatutnya berbincang dan tegur dahulu.

Sumber: sumber untuk di fahami adalah penyampai.Penyampai kebanyakkan menyampaikan sesuatu hal hal yang di lihat dan mungkin di kaji,Namun sekiranya penyampaian yang di lihat tidak di fikirkan,Mungkin akan mengundang padah.Sebagai contoh melihat tanpa memahami keadaan lalu menyampaikan. Mungkin ini juga punca wujudnya salah faham. Ini tidak baik.. hehehe

Adakah mata mu mengatasi akal mu??? ( Petikan lirik daripada lagu Faizal Tahir) 

Yang di lapor ( yang kena komplen) : Selalunya orang orang macam ni akan cepat panas dan juga akan segera mencari siapa yang suka jadi penyampai.Jika berfikiran matang,Mungkin akan cuba untuk berbincang.Tetapi jika tidak berfikiran matang,jawabnya wrestleMania laaa...

Mangsa : Mangsa keadaan adalah yang paling sedih. Sebab tanpa disedari dan juga tanpa apa-apa hal,dalam diam nama selalu disebut sebut,yang lebih merisaukan kemungkinan akan dibenci??Mungkinlah.

aku menaip tajuk ni sebab aku adalah mangsa, Hati sedih dan juga kecewa.Selalu bertanya kepada diri,Kenapa ada juga manusia macam ni..Aku sangka berdiam mampu menyelamatkan diri daripada pertelingkahan di antara dua individu,Namun atas kepentingan diri sendiri nama aku sentiasa disebut untuk dijadikan kekuatan di dalam perbahasan yang mungkin melihatkan mereka betul. 

Sekiranya mereka faham perasaan yang selalu di anggap buruk ,Mungkin mereka akan berdiam dan berfikir "kenapa mereka melakukan perkara sebegitu" , Bukan senang untuk menahan sabar ,dan bukan juga senang untuk sentiasa menerima apa yang dilemparkan.Namun percaya diri dan yakin hidup bertuhan mungkin akan menambahkan lagi sedikit kesabaran,Mungkin suatu masa nanti akan lebih buruk keadaan Nya. Hanya mampu bersabar dengan kalangan manusia macam ni.

PENAMAT 

Manusia telah diberikan akal fikiran yang sempurna melainkan cacat.Sekiranya tidak berpuas hati dengan seseorang,JANGAN JADI PENGECUT untuk melakukan tindakan.Tidak salah untuk meluah perkara yang tidak di puaskan tetapi dengan CARA YANG BETUL. Manusia tiada yang sempurna di dunia,manusia juga tidak lepas dari dosa yang dibuat.Tetapi manusia juga tidak suka mencari dosa walaupun dosa itu sekecil semut. 
Jika ini nasibku hanya mampu senyum dan terima,mungkin suatu hari nanti allah tunjukkan mana yang betul dan tidak...
semoga diberikan rahmat kepada semua
AMIN

No comments:

Post a Comment