Tuesday, February 10, 2015

Kurangkanlah sikap ini

Assalamualaikum

Kurangkanlah sifat ini

Manusia tidak lari daripada mempunyai sifat BENCI . Ya,sifat benci yang mempunyai banyak cabangnya.Benci itu benci ini,tetapi topik ini dilebihkan kepada membenci sesama manusia.

Perasaan benci timbul disebabkan oleh benyak perkara,cemburu,dengki,kurang senang disebabkan sikap.Tetapi adakah membenci itu pilihan yang terbaik?? 

Kita suka membenci orang tetapi adakah orang suka dibenci,setiap orang mempunyai pengalaman dibenci sehinggakan kekadang semangat untuk meneruskan kehidupan semakin jatuh . Kenapa perlu lagi sifat membenci sedangkan dibenci itu sakit rasanya?? siapa harus di persalahkan jika wujudnya perasaan benci dan dibenci?? salahkan hati atau pun sikap? 

Penamat : 

Sekiranya timbul perasaan membenci,lebih baik membenci diri sendiri dahulu dan cuba untuk memahami perasaan kebenciaan tersebut agar tindakan yang bakal dibuat memang tepat. Kerana,jika membenci orang dengan cara yang salah dan tidak betul,maka diri sendiri akan sukar menerima keadaan dan wujud lah perasaan yang tidak tenang. Contoh, fikiran bercelaru,tidak senang tidur dan sentiasa menyalahkan diri sendiri atas kesilapan yang dilakukan. 

Belajar mengurangkan sikap membenci dan selalu berfikiran positive sehinggalah mendapat jawapan di dalam apa yang di fikirkan. 
Jika wujud perasaan benci,lebih baik berdoa agar dihilangkan perasaan itu dengan segera.Kerana kita manusia tidak kekal lama di dunia,Mungkin hari ini kita membenci seseorang tetapi esok ajal kita sampai,minta maaf pun tidak boleh..

Kurangkan sikap membenci 

No comments:

Post a Comment