Tuesday, February 17, 2015

Pergi bukan bermaksud meninggal

Assalamualaikum

Pergi

Bukan niat untuk menyakitkan hati atau juga berkecil hati, akan tetapi lebih baik pergi untuk mencari pengalaman baru dan juga kehidupan yang masih lagi belum tepat dan terlihat jelas.Seandainya masih di pandang rendah dan mungkin kurang fungsi di sebuah kelompok yang mungkin hebat.Alangkah baiknya untuk mengundurkan diri untuk mencari destinasi yang hanya menggunakan diri sendiri.

Perjalanan hidup masih jauh,pengalaman masih luas untuk diterokai.Lebih baik PERGI dari kelompok yang mungkin tidak memandang,memerlukan,atau merendahkan.Kerana diri sendiri lebih diperlukan kini untuk hati yang masih kurang jelas dan perlukan ketenangan.

Berdoa terus agar baik baik sahaja kerana perhubungan yang terbina lama tidak akan dilupakan ,pokok yang bertahun lama pun tetap akan tumbang dan hilang ditelan masa,inikan lagi hubungan silahturahim yang lama terjalin.

kawan Pergi bukan niat meninggalkan kawan,
kawan pergi mencari diri sendiri,
semoga masa tetap berjalan,
kerana ada masa kawan bertemu lagi.

No comments:

Post a Comment