Tuesday, February 17, 2015

Silam Hadapan

Assalamualaikum

Silam Hadapan

Semua manusia pernah melakukan kesilapan dan dosa,Tetapi tidak semua manusia yang ingin mengulangi perkara itu melainkan tanpa disedari.

SILAM : Masa Silam adalah perkara yang sudah dilalui dan perkara yang berlaku semalam,seminggu,sebulan,setahun dan bertahun tahun yang lalu.Itu adalah perkara silam.Tidak kira bahagia atau juga duka,ianya terserah kepada individu untuk sentiasa ingat kepada yang silam.Jika perbuatan itu yang baik jadikan sebagai ingatan dan yang buruk pula jadikan sebagai rujukan.Kerana itu semua adalah pengalaman.

Hadapan: Masa hadapan adalah perkara yang bakal berlaku,esok,lusa,tulat ,dan juga lain lain hari ke hadapan.Kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi walaupun hari yang bakal ditempuh sudah pun di rancang.Malah,kekadang kita merujuk kepada masa silam untuk menyelesaikan dugaan yang datang di masa hadapan.Kita sentiasa menunggu. Hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Ayat yang selalu digunakan oleh manusia.

Yang pasti, masa tetap berjalan dan keadaan dilihat sama.NAMUN, dugaan yang di hadapi tidak sama seperti semalam dan dugaan tidak akan sama untuk hari esok.

Kesempurnaan itu milik pencipta dan kesyukuran itu hak yang dicipta.

1 comment:

  1. Jadikan yang lalu sebagai pedoman untuk melangkah menghadapi masa depan ye (=

    ReplyDelete