Monday, April 6, 2015

Siapa yang menangis sebenarnya???

Assalamualaikum


Siapa yang menangis? 

Sebilangan ada yang kata, "DUNIA MEMANG KEJAM" Ya memang betul ! .Sebilangan ada yang kata " Alam telah menjadi penyebab dan mewujudkan perasaan ini" Ya memang betul,ada juga yang berkata " Kenapa masih wujud manusia sebegini?apa dosa ku?" Ya memang betul ! dan juga ada yang kata,"Kenapa hati masih begini? kenapa perasaan ini tetap timbul?" Ya memang betul.... 

Akan tetapi siapa yang menangis???  Bukan DUNIA,bukan ALAM,bukan Orang Yang JAHAT,dan juga bukan HATI yang di dalam badan... tetapi PENERIMA iaitu KITA  ( Melainkan kita pelaku ) 

Ujian tetap ujian, tanpa ujian kita masih tidak kenal hati dan siapa diri kita yang sebenar.Memang benar luaran nampak kuat dalaman nampak lemah.Tetapi, jika ujian hidup kita tidak mampu untuk menggendali bagaimana untuk kita bakal menerima ujian yang lebih berat dari sebelum nya??? 

Di dunia, hidup biar ikhlas melakukan apa pun, menghargai sesuatu yang di miliki dan sentiasa bersyukur.. Jika belum mencapai sesuatu, jangan berputus asa dan mengeluh.Kerana kita belum tentu tahu bahawa apa yang kita inginkan adalah terbaik buat kita. BERSABAR dan kekal Tabah menjalani kehidupan .


No comments:

Post a Comment