Assalamualaikum
Saudara
Saudara adalah bermaksud ikatan keluarga yang bermula daripada keluarga.Namun maksud persaudaraan juga sekarang mampu dijalinkan tanpa ikatan keluarga.Bermaksud tidak perlu menjadi ipar atau menantu untuk di anggap saudara.Cukup kesetiaan dan ikhlas bersahabat.Dengan izin allah macam saudara la tu.
Dalam islam, semuanya bagaikan saudara,akan tetapi kini tidak perlu lagi melihat agama untuk menjadikan teman kita bagaikan saudara
Ingin disampaikan, baru baru ini berlakunya huru hara di Perancis,banyak melibatkan kemalangan yang menghilangkan banyak nyawa.Hal ini menyebabkan banyak negara turut bersimpati dan menyuarakan perasaan mereka tentang kejadian tersebut.Namun kenapa hanya di perancis? Bagai mana pulak di negara lain seperti Afrika yang kekurangan bekalan ubat,makanan dan kehidupan yang sangat susah.Bagaimana pula di Bumi palestin yang setiap hari berhujankan peluru dan bermandikan darah?? Bagaimana pula dengan negara-negara yang lebih dari sehari melalui keperitan. Adakah manusia sekarang memilih belas kasihan dan juga memilih mana yang harus disimpati??
Manusia semuanya hidup di bumi yang satu berbumbungkan langit yang biru dan berpijak di tanah yang 1 iaitu BUMI..
No comments:
Post a Comment