Assalamualaikum
selamat hari raya aidiladha
Bagaimana?? Bagaimana seseorang itu boleh cepat berubah hati dan menyayangi orang lain? Pelik kan, mesti jawapan segalanya berpunca daripada diri kita sendiri. Padahal sampai sekarang masih tiada fikiran untuk mencari pengganti.
Pelik juga kan kadang-kadang dengan keadaan ni, selama mana pun kalau tetap mahu berubah, cuma memerlukan sesaat.
Hati hari-hari bertanya khabar, dia okey ka, sudah makan ka, macam mana hari dia, tapi minda selalu ingatkan, okey juga sudah tu, bahagia sudah, jangan kacau, sila mengalah,dan yakin dengan aturan yang bakal di berikan.
Mungkin tidak semua pengakhiran tu indah-indah, dan tiada kekecewaan yang indah-indah . Tapi kena faham yang kita mesti berpijak di dunia nyata. Kalau A, memang A jawapan nya.
Dalam hal ni, tidak banyak pilihan, dia pilih untuk lebih bahagia, dan kita pulak kena memilih untuk merawat hati kita sendiri. Hal ini mungkin juga boleh terjadi sebalik nya. Cuma daripada diri kita sendiri untuk memilih.
Selamat Berjuang
"Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"
No comments:
Post a Comment