Assalamualaikum
Masih lagi?? biasalah tu, pelan-pelan menerima keadaan , yang penting harus sedar dan siap-siap menerima dengan apa kesannya sekali pun.
Dongeng kisah perjalanan. Daripada luar biasa ke biasa sampai kekok. Seperti mengunyah gula-gula getah lepas tu di ludah ke tong sampah. Betullah, manusia kalau semakin ke depan,semakin kurang puas. dan selepas itu bertanya kepada diri sendiri " apa yang aku mahu sebenarnya" .
Menjadi terlalu memahami juga adalah perkara yang terlalu misteri, apabila mengiya kan segalanya,ianya berubah menjadi "kenapalah bukan tidak" . Tapi sifat manusia, bila berikan semuanya mengikut kemampuan,masih tetap kurang.
Manusia boleh melakukan apa-apa cara untuk mencari kepuasan, cuma daripada diri sendiri saja untuk berfikir apa caranya. Jangan segan-segan di bumi bertuah ini, kalau mahu jadi jahat, silakan jadi jahat.tapi sendiri tanggunglah, kalau mahu jadi baik, teruskan jadi baik. Macam beliau-beliau selalu cakap, "Biar orang buat kita , jangan kita buat orang" banyak-banyak sabar ja la .
Kenangan, rindu dan juga masa, hanyalah sekadar angin-angin yang suka mengacau jiwa kita untuk stress, benda tu yang kita kena lawan untuk fokus pada realiti sebenarnya. Fahami lah, untuk kembali pada waktu-waktu puncak dulu adalah perkara yang mustahil dan tidak mungkin akan berulang. Atas sebab kita banyak kekurangan.
kalau kita sudah buat yang terbaik, sedarlah yang sebenarnya belum cukup baik.Banyak perkara lagi yang perlu diperbaiki,tapi untuk diri sendiri.Sebab kalau buat untuk orang, tentu-tentu saja belum cukup bah kan di anggap teruk dan tidak berguna.
Mula hargai diri sendiri
"Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"
No comments:
Post a Comment