Assalamualaikum
Setia tapi bukan manusia
Sering kali kita berharap kesetiaan manusia walaupun kita tahu perkara itu sangat sukar untuk dimiliki, lagi-lagi kesempurnaan. Kerana, sempurna itu milik Tuhan yang maha esa.
tapi sebenarnya kita lupa, ada yang sentiasa setia bersama kita. ia selalu ikut kita, bersama kita, melihat kita, sentiasa berdiam, tetapi masih setia tidak kira apa jua situasi yang melanda kita.
Bayang-bayang sendiri, bayang-bayang kita sendiri yang setia kepada kita. Tanpa meluka kan hati kita sejak lahir ke dunia hingga kembali ke rahmatullah. Ya, Bayang-bayang kita. tetap ada bersama-sama kita
Untuk apa takut rasa bersendirian kalau kita ditemani oleh bayang-bayang kita sendiri, dan lebih setia pada manusia. Kita hanya perlu mencari semangat dan kekuatan sendiri disamping melihat kesetiaan bayang-bayang kita yang boleh memberikan kepercayaan yang kita sebenarnya boleh setia dan sentiasa kuat seperti bayang-bayang yang tidak pernah menegur sapa tetapi ada.
"Bukan manusia tetapi setia"
Terima kasih Bayang-bayang sendiri
"Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"
No comments:
Post a Comment