Assalamualaikum
Kalau jatuh, berdiri bukan baring
Semua orang akan melalui saat nya jatuh, tidak kira jatuh kerana apa. Tapi adakala nya, jatuh dan terus terkulai layu, ada juga yang jatuh cepat bangun semula. tiada siapa yang minta untuk jatuh, dan tiada siapa pernah terlintas difikiran untuk melalui fasa kejatuhan.
Setiap manusia ada jalan hidupnya masing-masing, ada yang di situasi A, B, dan C. Tetapi kita tidak boleh menilai manusia dengan apa yang kita lihat secara luaran.Kita bukan tahu disebalik orang yang dinilai mungkin ada banyak perkara yang sedang menghalang.Yang pasti rezeki manusia itu lain-lain dan sudah ditetapkan.
Banyak sebab untuk orang jatuh, hilang semangat,hilang arah tuju dan hilang nikmat bersyukur dalam hidup. Tapi tiada siapa dapat membantu sekiranya bukan diri sendiri yang kena mula kan semula semangat hidup.
Bila fikirkan semula, harus mengingati kembali dimana kita bermula dan bagaimana kita bermula. Mungkin apa yang pernah kita ada dahulu kita menjadi leka sehingga nikmat ditarik semula, dan mungkin harus memulakan semula dan memperbaiki kesilapan lama demi perjuangan baru.
Kita manusia, memang tidak lari daripada kesilapan. Jadi jangan takut dengan segala rintangan, kegagalan dan kejatuhan yang akan di alami.
Sentiasa bangun dan menerima segala apa yang sedang kita lalui.Berkawan dengan takdir setelah kalah pada takdir mungkin perkara yang baik untuk diri kita sendiri.
Bangunlah, jatuh,sedih dan kecewa tu hanyalah sebagai demam di hati. Banyak perkara yang mungkin lagi baik untuk bakal kita teroka.
Masa depan bukan kita tahu
"Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"
No comments:
Post a Comment