2022
Gagal untuk mencapai cita-cita itu biasa, tapi kalau gagal jadi anak macam mana?
Tahun 2022 ni dugaan nya lagi kencang daripada Covid-19, Benar ini nyata. Bulan ni, mulai sibuk dengan pelbagai urusan seri paduka baginda. Disebalik kesibukkan, ada hal-hal yang memang tidak pernah untuk di minta berlaku.
Jatuhnya airmata, sedihnya, kecewanya,hampanya, terlukanya HATI seorang Ibu. Ya, rasanya seperti layaknya untuk kita pergi pulang ke rahmatullah dengan kadar segera kerana tidak boleh untuk melakukan apa-apa.
Perasaan nya tu, seakan akan kita sebagai anak yang derhaka. Malu satu hal, kecewa,sedih,marah pun ada. Tapi apa kita boleh buat, Perkara pun sudah berlaku. Ditambahkan dengan hal-hal yang sedang urus ni. Tekanan nya seakan akan kepala kita di pijak dan ditekan di atas lantai tanpa kita boleh melakukan apa-apa, duh.. betul-betul tertekan.
Kita ni mahu meluah dekat orang pun payah, sebab muka nampak melucukan bagi sebilangan orang. tapi tu bukan alasan kita untuk diam. Oleh demikian,mencari jalanlah untuk tenangkan hati ibu kita ya.
Dengan bermacam macam hal yang muncul ni, jangan sekali patah semangat untuk bangun. Bersabar, bertenang dan berusaha sikit. Insha allah. Kita boleh selesaikan satu persatu.
Sesiapa yang masih ada orang tua tu. Gunakanlah masa yang ada tu, untuk sentiasa dekat,senangkan hati mereka. Tidak memerlukan kemewahan sebenarnya, tetapi asalkan kita ada.
Aku sebenarnya penat betul. Demi allah penat sangat. Kalau ah selesai segala urusan ni, kalau dibagi pilihan untuk tidur lama. Aku lagi pilih tidur lama. NAMUN !!!! Aku pencinta Otromen dan aku tidak akan menyerah dengan begitu mudah ! Oh cahaya !!! di mana kau, berikan aku cahaya sinaran mu!
main-main ja tu, jangan putus asa untuk sentiasa berikan yang terbaik untuk orang tua kita ya.
"Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"
No comments:
Post a Comment