Tuesday, November 29, 2022

Belajar berhenti berharap pada

 Assalamualaikum


Kita manusia ni suka sangat berharap. Harap dapat itu ini, harap ada balasan, harap dan terus berharap padahal kita sendiri tahu tidak semuanya yang diharap akan dicapai.


Manusia mana yang tidak "Down" dan manusia mana yang tidak merasa sedih. Apabila ada muncul nya sinar-sinar harapan, disitu lah juga kita makin berharap. Tapi apakan daya ,kita tidak boleh mengubah apa yang akan berlaku pada kita. Dan oleh itu, sekali lagi kita jatuh  disebabkan harapan yang kita cipta.


Fokus harus diperkuatkan, semangat harus dilebihkan, dan keredhaan harus di ikhlas kan, Terima ja apa yang kita sudah lalui, dan teruskan kehidupan untuk hari-hari yang akan datang. 


ikut akal logik, betul juga.Kalau istana pasir yang kita bina telah hancur dilanggar ombak, mustahil akan terbina semula tanpa kita memulakan langkah daripada mula. yaa, begitulah hati kita juga .


Kembali ke jalan perjuangan hidup secara sendirian.Tanpa mengharap hal-hal yang lalu kembali pulih. Ubahlah dengan pelbagai cara apa sekali pun. Kalau memang begitu hasil nya. maka begitulah hasilnya. itulah hati manusia. Jadi, kita fokus pada hati sendiri ja tanpa mengharap orang lain.


 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"

No comments:

Post a Comment