Friday, May 12, 2023

Bertanya khabar pada bayang-bayang sendiri edisi 2

Assalamualaikum


Penat? memanglah penat,tapi siapa lagi boleh bantu kan.

Masih diganggu?Biasalah tu,mula-mula ja tu,nanti sudah selesa dengan yang baru,hilanglah tu.

Macam mana mahu move on kalau kena ganggu terus? Mula-mula ja tu,pandai berhenti juga tu kalau penat.Tapi kita jangan berhenti,sebab tiada siapa boleh bantu,sedar diri sikit.

Tidak adil,lepas tu masih rindu?Merapu ja tu,tagih perhatian.Biasalah,waktu sakit-sakitkan,nanti sihat-sihat memang tidak pandang sudah tu,sebab kita bukan siapa-siapa.

Kenapa benci hari jumaat?Sebab hari jumaat lah kejadian pelik-pelik yang berlaku,semuanya menyakitkan.Tapi nyata.

Masih ada peluang kah? Masih ada peluang untuk dipijak iya la kali,peluang memang tidak akan ada sampai bila-bila kalau cara layanan tu berat sebelah. 

Alasan ja semua tu kan?Memanglah alasan ja,tiada orang masuk kalau tidak dibuka kan pintu.Tapi biarkanlah,sekarang orang pun boleh buat kerja menilai dan menghukum kan.Lepas tu boleh membuat keputusan sesuka hati.

Apa yang masih kurang lagi sebenarnya? Entah,mungkin sifat rasa bersyukur tu kurang kali,tapi ya la,manusia ni semakin maju,mungkin gaya hidup atau mentaliti pun sudah maju,Tapi kalau ada rasa bersyukur dalam diri tu,mungkin boleh la dapat seimbangkan.Tapi ya la,hak orang.Kita diam-diam ja sudah la.


Berat kan perjalanan? Iya,betul-betul berat.Tapi kalau ada rezeki,mungkin tidak selamanya begini.Tuhan tu baik,percayalah.Tuhan tu baik.Bila kita sudah kehilangan yang baik,pasti dia akan mengantikan yang lebih terbaik.Aturan tuhan semuanya terbaik.


Banyak-banyak bersabar menempuh perjalanan yang berat,mental kita kan kuat,insha allah.


 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"

No comments:

Post a Comment