Assalamualaikum
Bukan jahil kalau kita tidak dapat ikut cara hidup orang.Setiap orang ada jalan hidup masing-masing,ada rezeki masing-masing,dan juga ada ujian masing-masing.Mungkin ada orang yang mempunyai kerja bagus,ada juga orang yang mempunyai rezeki yang bagus,ada keluarga bagus dari segi keharmonian.
kita bukan tahu kan,apa yang orang lalui,orang pun bukan tahu apa yang kita lalui.Kita berpijak di kaki sendiri ja pun sudah cukup.Saiz kaki pun ada yang berbeza,perjalanan pun tidak sama.Tidak apa-apa kalau kita tidak boleh mengikut rentak hidup orang,itu bukan nya kesalahan pun.
Cara ada banyak,kalau memang masih ada setia atau pun betul-betul sayang,banyak cara.Meninggalkan tu nya cara terbaik sebenarnya,tapi ya la.Kalau memang hati orang,pilihan bukan kita yang tentukan,itu pilihan tuan punya badan.Mungkin dia juga mahu "Playsafe" buat diri sendiri.Tapi untuk kita pula, teruskan ja apa yang perlu kita teruskan.Orang tidak akan nampak dan ambil tahu tentang usaha yang kita lakukan.Orang hanya mahu nampak hasil.Itu sifat manusia,kita pun tidak boleh halang.Mungkin juga kita ada sifat yang sama.
Kalau rasa diri tu gagal,Ya.terima ja kegagalan tu,tapi ingat.Gagal bukan bermaksud terhenti buat selama lamanya,selagi ada hari esok,insha allah masih ada harapan sebenarnya.Sebab kita berusaha bertarung untuk setiap hari-hari terakhir hidup kita,memandangkan kita sendiri tidak tahu bila kita dijemput pulang.Jadi hari-hari terakhir kita adalah harini,dan jika esok masih diberikan peluang untuk bernafas lagi,kita teruskan.
Boleh ubah "Mindset"tu, yang sebernya, DIA YANG TIDAK LAYAK UNTUK KITA, bukan nya kita yang tidak layak untuk dia.Kalau memag kita di tinggalkan,Jangan bimbang.Gunakan ja mindset tu untuk kita semangatkan hati yang rapuh ni.
Bila seseorang itu sudah mendapatkan yang lebih terbaik daripada kita,itu tidak mengapa.Segala kasih sayang, hormat dan kesetiaan tu,sedekahkan saja pada dia yang sebenarnya memerlukan.Kita anggap diri kita sebagai pemberi dan tidak pudar selagi kita ikhlas.
Jadi diri sendiri,tetap kuat.Berusaha untuk semuanya.Mungkin tidak masuk akal.Tapi kalau memang kita punya rezeki,elak la macam mana sekali pun.Itu tetap akan jadi rezeki kita.
"Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"
No comments:
Post a Comment