Assalamualaikum
Okey harini? biasalah tu
Terganggu?alaaa kejap ja tu
Berat? nanti ringan la tu,
Mahu bangkit?kena bangkit sebab cuma itu jalan nya,
Marah?marah dekat diri sendiri ja la,tapi jangan lama-lama,
kecewa?tu normal sudah,jangan lama sangat nanti makan lebih pula.
Bertahan?tiada apa untuk dipertahankan lagi melainkan teruskan hidup.
kenapa di uji sampai tahap begini? Tuhan tidak akan menguji diluar kemampuan umatnya.
tapi sampai bila?sampai akan ada disuatu masa yang memang kita betul-betul gembira,ringan dan juga bersyukur.
boleh ka kembali seperti dulu? Mungkin tidak,tapi di masa hadapan bukan kita tahu,mungkin lebih baik dari sebelum nya.
Bersabarlah,semua ni hanya masa yang merawat segala.Kita cuma perlu bangkit dan sedar keadaan sebenar.Mungkin dimata sebilangan orang kita bagaikan kertas lukisan yang direnyuk-renyuk,tapi siapa tahu ada dimata orang lain yang sebenarnya kita sebuah kertas lukisan yang cantik.
jangan patah semangat,selagi hidup selagi itu rezeki kita ada
"Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"
No comments:
Post a Comment