Assalamualaikum
Jatuh? sedih? kecewa? sakit hati? dan bermacam-macam lagi.Ya ! anda tidak berseorangan,yang lain pun mungkin seperti anda.
Hidup ni keras,hari apa saja tiada ujian.Ujian dari manusia,alam atau pun masa.Rezeki tidak pernah salah alamat.Baik ka buruk ka apa yang diberikan,mungkin itulah rezeki untuk hari ini.
Dendam
Jangan berdendam.Terima dengan hati terbuka walaupun berat.Mungkin sekarang masih berat, tapi masa yang perlahan-lahan meringgan kan semuanya.Bukan salah kita kalau orang kurang keyakinan,dan bukan juga salah mereka kalau mereka tidak yakin pada kita.Manusia mana yang tidak mahu yang terbaik kan. tapi semua tu memerlukan pengorbanan mungkin.Tapi,jangan pernah berdendam dengan orang.Dengan bayang-bayang sendiri mungkin boleh la kali ahhh.
Laut pun ada air pasang surut,pokok pun boleh tumbuh mekar dan gugur daun nya.Kita pula manusia ada gembira dan sedihnya.Kita kena terus bersyukur dengan apa yang kita miliki.Orang lain tidak akan faham beban yang kita pikul dan mereka tidak perlu ambil peduli pun.Sebab yang mengatur segalanya daripada diri kita sendiri,tanpa sokongan .Boleh abaikan kata penilaian orang yang mungkin tidak faham tapi lantang menilai.
Bukan salah kita kalau orang buat keputusan untuk pergi.Orang lain pun mungkin ada sasaran hidup,dan mungkin bukan kita yang menjadi pilihan tepatnya.Jadi kita kekal teruskan hidup dengan fokus apa yang sepatutnya kita perlu pertahankan,dan mungkin perkara-perkara yang mengecewakan kita akan digantikan dengan perkara-perkara yang menggembirakan.Kekalkan hati kita,jangan hanya disebabkan diperlakukan oleh orang-orang bertopeng,kita pun menggunakan alasan yang sama untuk membalas perbuatan nya.Jangan buat.
JANGAN TAKUT
Soal JODOH, REZEKI DAN AJAL MAUT semuanya memang sudah tuhan susun cantik-cantik,lebih baik kita fokus macam mana untuk menjadi salah satu anak yang sentiasa boleh menggembirakan,menyenangkan, dan buat orang tua sentiasa rasa yang anak dia sentiasa ada di sisi dia.
Suatu masa nanti, setiap orang pun mesti akan ada pasangan hidup.Kalau di dunia ni memang tidak berjodoh dengan manusia tapi berjodoh dengan maut sekali pun, percayalah.Tetap akan ada pasangan nya,Jangan bimbang.
Lebih baik fikirkan macam mana untuk membangun diri daripada situasi-situasi yang mungkin terasa akan membebankan jiwa.Jangan manja kan sangat hati tu,Kasih bangun.
Rezeki tu luas,jangan hanya fokus pada kewangan,harta dan tahta semata-mata.Itu salah,rezeki itu banyak dalam perlbagai cara.Yakinlah.
INI SEMUA HANYA UJIAN
"Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"
No comments:
Post a Comment