Thursday, May 25, 2023

Bertanya khabar pada bayang-bayang sendiri edisi 3

 Assalamualaikum


Sihat?

Alhamdulillah sihat.


Masih sakit hati?

Masih kali,sekejap ada sekejap tiada,tapi masih berusaha juga.

Boleh hadapi?

Mahu atau tidak,mesti kena hadapi juga kan.


Masih percaya dengan peluang kedua?

Mulai sekarang perkara tu yang paling karut rasanya.Mungkin memulakan semula perkara yang logik sekarang.


Bolehkah membangun semula?

Gelas kaca yang pecah tidak mungkin  boleh dicantumkan semula dan sudah tidak berfungsi lagi.Tapi kita bukan gelas kaca,kita manusia biasa.Selagi hidup,esok adalah hari yang baru untuk diperjuangkan.Itu metafora.


Yakin boleh?

Kita cubalah sampai boleh,insha allah boleh.



 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"

No comments:

Post a Comment