Friday, May 26, 2023

Bertanya khabar pada bayang-bayang sendiri edisi 4

 Assalamualaikum


Harini macam mana?


Demi allah teruk,sangat teruk.Tapi hari jumaat kan,memang kena menerima semua malapetaka yang datang.


Macam mana proses?


Masih gagal lagi,tapi masih berusaha juga kan.


Stress?


Demi allah stress,sampai mengigil tahap stress ni.


Masih ingin teruskan?


Ya,masih berusaha untuk teruskan.Serius,rasa macam diri ni badut.Dibuat macam boneka pun ada.Di minta tunjuk kan bukti padahal sudah jelas nampak kejadian nya.Demi allah dibuat macam boneka.


Rumusan harini?


Kalau boleh sebenarnya aku mahu sangat menangis,tapi kan aku lelaki.Mahu tidak mahu,aku kena senyum ja.Padahal hati berkecai-kecai sudah ni,tuhan bagi ujian ni betul-betul berat.Aku harap semua ni jadi sejarah dimasa hadapan ku,yang boleh aku kenang kalau umur ku masih boleh berjalan.


Kalaulah aku tiada amanah,mungkin malam ni juga aku terjun laut atau bangunan.Betul-betul x nampak arah tuju hidup sudah.Mahu mengadu dengan tuhan pun hari-hari perkara yang sama.


Untuk harini,aku hilang semangat,kekuatan dan juga arah tuju.Masa pun aku tidak undur semula,sangat tiada arah tuju.Difikiran cuma mahu tamatkan semua ni serta merta.Ujian yang berat,jumaat yang memang menyusahkan.


Mahu bercakap dengan siapa?meluah dengan siapa?jadi bahan ketawa ja mungkin.Tapi tuhan ja tahu tahap runtuh nya ni sekarang.Semakin susah mahu percaya orang buat masa ni,tapi yala.Semua nya tuhan yang tentukan.Kan bagus kalau dijemput waktu tidur,sebab betul-betul tiada kemampuan untuk hadap semua ni.Tuhan hanya menguji mengikut kemampuan umatnya.Tapi aku betul-betul tiada kemampuan sekarang.Difikiran cuma mahu tamatkan.Mungkin boleh menggurangkan beban semuanya.Aku betul-betul pengecut di dunia ni.Demi allah,sangat pengecut.


Harini tewas lagi



 "Semua post dibuat untuk diri sendiri atas tujuan motivasi diri sendiri,Tiada kaitan atau di tuju kan kepada sesiapa selain diri sendiri"



No comments:

Post a Comment