Monday, March 17, 2014

Hargailah orang di sekeliling mu

Assalamualaikum
dush

HargaiLah orang di sekeliling mu

Orang di sekeliling, sudah tentu orang yang berkaitan dengan kita.Mungkin Keluarga,saudara mara atau juga kawan dan orang yang kita selalu berjumpa. Setiap orang termasuk diri kita sudah pasti ingin di hargailah.Walaupun perkara itu kita tidak meminta dan mengharap,namun ianya tetap ada tersimpan walaupun sedikit bahawa kita juga ingin di hargai.

Kawan aku ada berkata, " jika kita ingin di hargai,kita juga harus menghargai" ayat ini telah membuatkan fikiran aku berkembang dan juga untuk memahami maksud "HARGAI" . Banyak yang boleh di lihat dari segi penghargaan. Ada orang menghargai seseorang itu dengan sentiasa MENDOAKAN kebaikan atau pun kesihatan,ada juga menghargai dengan kekaL setia kawan atau juga lain-lain,dan mungkin juga ada yang menghargai seseorang itu dengan memberikan harta benda.( amalan yang kurang sihat,kerana akan di lalaikan dengan harta semata mata) .

Mungkin sebilangan orang yang kurang menghargai orang sekelilingnya adalah di sebabkan dia telah merasakan dirinya sudah pun sempurna atau pun lebih baik daripada orang lain.Mungkin juga disebabkan dia telah lupa tentang jasa seseorang itu kepadanya.Mungkin juga disebabkan dia lebih memfokuskan seseorang sehinggakan dia kurang menghargai seseorang itu. 

Bagi pendapat aku, sifat Kurang menghargai mempunyai beberapa sifat,antara sifat-sifatnya adalah.

* Meninggalkan seseorang itu ketika tidak diperlukan,
* Merasakan diri lebih hebat berbanding orang lain
* Lebih mengutamakan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sehinggakan menjauhkan diri daripada orang lain
*Suka menjadikan seseorang itu sebagai tempat bantuan demi kepentingan sendiri dan mendiamkan diri setelah dapat.
* Bersikap Kurang ajar 

Hargailah orang-orang disekelilingmu selagi masih ada masa.Mungkin ketika orang yang berada di sekeliling itu masih ada di dunia,cuma itu sajalah masa yang ada untuk bersama.Manusia tidak hidup kekaL di dunia,Mungkin seseorang yang kurang di hargai itu akan pergi dari dunia secara tiba-tiba.Tiada Gunanya lagi merindui seseorang yang telah pergi di dunia tetapi kurang di hargai sewaktu Hidup. Bukannya susah untuk hargai orang sekeliling,cukup saja sentiasa ada dengannya,membantu,mendoakan dan juga menghormati sesama sendiri.

Hargai Tuhan 
Hargai keluarga
Hargai kawan
Hargai diri sendiri 

Hargailah segalanya


4 comments:

  1. Betul,sedih kot kalau tidak dihargai hm.Qilah blogwalking ni jap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Blogwalking di sini.hehehe. yup.. mmg menyedihkan.. hehehe

      Delete
  2. kalau kta nak dihargai, kena hargai org dulu.. when u do it.. people also will do it 4u..
    hmmm, ada jgk yg rapat bila nak bantuan, bila dah dapat..ehh, entah hilang ke mana org itu..kan??kan?? +___+

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaaaaaa.. kalau mau di hargai kena la hargai org duLu.. sangat setuju.. hehehehe... yg soal rapat bila mau bantuan tu, hurmm rasaNya tu memang berlaku kepada semua orang.. ahhh .. No komen laaa.. memang terjadi pun.. hehehehe..

      Delete